Monday, November 10, 2014

Filled Under:

BEBERAPA GAMBAR SEKITAR MALAM ANUGERAH SKRIN 2014

BEBERAPA GAMBAR SEKITAR MALAM ANUGERAH 

SKRIN 2014




Pada malam 7 November lalu telah berlangsungnya Malam Anugerah Skrin 2014. Ia adala acara tahunan yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Acara ini juga telah diberi pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia.


Bagaimanapun, tahun ini dikhabarkan Astro telah menarik diri dari menyertai penilaian Anugerah Skrin. Berikut ialah gambar-gambar dari malam tersebut. Pada malam itu Malam Anugerah Skrin 2014 telah mempertandingkan 3 kategori. Kategori Penerbitan Dalaman, Kategori Filem dan Kategori Drama.

Malam itu juga telah menjadi sejarah buat Pelakon Ashraf Muslim dimana drama terbitannya telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik (Matahari Terbit Lagi). Begitu juga dengan pelakon cilik Puteri Balqis kerana telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama. Tahniah buat mereka berdua dan kepada semua pemenang-pemenang. Lagi gambar sekitar malam Anugerah Skrin 2014.

































































0 comments:

Post a Comment