MEMANG SAYA TIADA KAWAN DARI GOLONGAN VIP
ATAU AHLI POLITIK- ERRA FAZIRA
Walaupun sudah membuat penafian sebelum ini, masih ada suara-suara yang menyatakan ‘teman tapi mesra’ Erra Fazira adalah dari golongan VIP atau kelas atasan. Ramai yang tidak percaya bekas isteri Engku Emran ini ‘berkawan’ dengan lelaki biasa yang tidak mempunyai sebarang pangkat. Mungkin tertekan dengan desas-desus itu, Erra Fazira sekali lagi telah tampil untuk menjelaskan yang ‘kawan’nya itu hanya lelaki biasa
Apa yang lebih menarik, lelaki yang sedang dikenali oleh Erra Fazira ini masih bujang. Itu sangat bagus. Tak adalah tragedi yang bukan-bukan boleh berlaku. Kata Erra Fazira
Setakat ini, saya memang memilih seseorang itu pada paksi hati dan bukannya materialistik. Selama ini memang saya tiada kawan dari golongan VIP atau ahli politik.Jadi jelas gosip mengaitkan saya dengan golongan sebegitu tidak benar dan sengaja diada-adakan. Gosip itu seolah-olah macam saya kemaruk cari cinta pula.Cukuplah orang tahu saya sedang berkawan. Kenapa saya tak dedah itu dan ini mengenainya kerana saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan dan jangkaan tinggi terhadap hubungan ini.Apa apa boleh terjadi dalam tempoh perkenalan ini. Lainlah kalau hubungan ini sudah di fasa seterusnya. Ikutkan saya tak mahu berkongsi hal ini tapi apabila timbul cerita membabitkan golongan atasan, maka saya perlu meletakkan satu noktah kepada cerita bukan bukan itu
0 comments:
Post a Comment