Pelakon yang juga isteri kepada penyanyi, pelakon, pengarah Yusry KRU, Lisa Surihani memberitahu bahawa dia mahu berehat seketika dan akan bercuti bersama-sama keluarga serta kenalan rapatnya pada bulan Disember sehingga awal tahun depan.
Lisa juga merancang yang dia akan ke Pulau Pinang bersama keluarganya terlebih dahulu sebelum terbang ke Phuket pula bersama-sama kenalan terdekat untuk bercuti. "Saya akan bercuti dan berehat untuk meluangkan masa bersama keluarga. Saya minta cuti selama sebulan daripada pihak Astro untuk berehat, " ujar Lisa.
Semoga percutian kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Lisa Surihani dan Yusry. Selamat bercuti.
0 comments:
Post a Comment