Sunday, November 16, 2014

Filled Under:

(TAHNIAH) DATO SITI NURHALIZA TERIMA 2 ANUGERAH

(TAHNIAH) DATO SITI NURHALIZA TERIMA 2 ANUGERAH


Tahun 2014 nampaknya bakal melabuhkan tirai dengan penamat yang baik buat Datuk Siti Nurhaliza. Beliau baru-baru ini telah menerima 2 anugerah yang mengiktiraf pencapaiannya dalam bidang seni dan juga perniagaan. Kedua-dua anugerah ini diterima selang sehari. Anugerah tersebut ialah  Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards dan Jewel Of Muslim World Awards.


Seperti yang kita semua sedia maklum, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu SimplySiti. Kejayaan beliau ini wajar menjadi contoh kepada para usahawan di luar sana. Bukan senang untuk membangunkan sebuah produk. Sudah pasti banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum mencapai tahap ini. Kata Siti Nurhaliza:-

Alhamdulillah ini satu penghargaan yang bermakna. Usaha dan kesungguhan Siti serta pasukan daripada Siti Nurhaliza Production bagi skop kerjaya serta Simplysiti (perniagaan) banyak membantu kejayaan ini.
Tak dilupakan tulang belakang Siti iaitu peminat dan rakan media yang tak putus memberi sokongan jitu. Setiap usaha tanpa izin Tuhan pun tak akan menjadi juga. Siti percaya dengan berdoa dan sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya menjadi kunci utama kejayaan ini,


Tahniah diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza atas penerimaan 2 anugerah ini. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk beliau terus maju jaya di masa hadapan. Tahniah!!! 





0 comments:

Post a Comment