UQASHA SENROSE PENAT BERCINTA
Malah, gadis ini sendiri mengakui bahawa dia sedang berkawan rapat dengan pelakon baru yang tidak kurang kacaknya iaitu Syafiq Kyle.
Terbaru, kami dengar Uqasha dah kembali solo. Aik, rasanya baru beberapa bulan ‘berkawan rapat’, alih-alih dah bersendirian? Macam pelik je.
Pada malam Anugerah Skrin yang lalu, Uqasha datang seorang diri. Namun, ketika acara tersebut, dia dilihat mesra dengan seorang pelakon lelaki lain.
Nak tahu siapa? Haa, pelakon tersebut adalah Aman Nassim. Sahih atau tidak, hanya Uqasha yang tahu.
Namun nampaknya Uqasha masih memberikan jawapan yang klisè mengenai hubungannya dengan Syafiq. Malah, dia turut mengakui sudah penat untuk bercinta.
Kitorang kawan je, tak ada lebih tak ada nak bercinta-cintalah. Dah penat. Lagipun, Uqasha nak fokus karier dulu. Kami tak adalah intim pun, biasa je.
Hmm, kami pun pelik. Siapa sebenarnya kekasih Uqasha masih menjadi tanda tanya. Namun, nasihat kami, memang tak salah nak berkawan, tapi jangan sampai mempermainkan mana-mana perasaan sudahlah.
0 comments:
Post a Comment