“Saya bukan pengedar dadah! Ketika direman, saya menangis siang malam
memikirkan kerjaya lakonan yang baru bermula mungkin hancur berkecai.
Masa depan saya gelap.
Saya bertambah sedih apabila ibu bapa di kampung terpaksa menanggung malu besar.
“Saya direman 11 hari kerana kes ini besar. Apabila berita penahanan
saya menjadi viral, terutama di laman maya, ia memberi impak besar
kepada kerjaya.
KECOH dunia hiburan tempatan apabila pelakon baru, Mimi Lana ditahan
pihak polis baru-baru ini atas dakwaan memiliki bahan terlarang yang
dijumpai dalam rumah sewanya.
Namun menurut Mimi, dia sebenarnya hanya mangsa sementara suspek kini masih ditahan.
Menjelaskan perkara tersebut, Mimi berkata pada hari kejadian dia baharu
sahaja pulang daripada menjalani penggambaran di Pulau Pinang sehingga
menyebabkannya keletihan lalu tertidur.
Ada maklumat yang disebarkan tidak benar. Saya kecewa apabila dianggap
seperti penjenayah, sedangkan saya ditahan bagi membantu siasatan,”
ulasnya lagi.
Suspek yang turut menyewa bersama Mimi sehingga kini masih lagi ditahan
pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh mengenai kes tersebut.
Mimi merupakan pelakon yang sedang meningkat naik namanya yang baru-baru
ini muncul dalam drama bersiri Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa,
gandingan bersama pelakon Hanis Zalikha dan Sharnaaz Ahmad.
0 comments:
Post a Comment