India – Orang
ramai terkejut dan tergamam selepas melihat seorang lelaki berjalan di
tepi jalan sambil mengusung kepala isterinya yang dipancung di rumah
mereka di Pune.
Suspek,
Ramu Chavan, 60, telah memenggal kepala isterinya, Sonubai, 45, dengan
menggunakan kapak kerana mengesyaki wanita tersebut telah berlaku curang
terhadapnya.
Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan menantu mereka.
Ramu
yang berjalan sambil memegang bahagian rambut mangsa telah ditahan
polis serta-merta dan akan dijatuhkan hukuman kerana membunuh.
0 comments:
Post a Comment