Semakin Hensem,Ramai Tergilakan Anak Lelaki SRK

Foto anak sulung Shah Rukh Khan, Aryan tersebar meluas di media sosial
setibanya dia di lapangan terbang antarabangsa Mumbai pada Selasa yang
lalu.
Aryan yang melanjutkan pengajiannya di Seven Oaks School, London
menerima pujian di laman internet kerana imej terbarunya selain
ketampanan yang dianggap saling tidak tumpah seperti bapanya.
Menerusi foto tersebut, pemuda berusia 17 tahun itu tampil dengan
dandanan rambut yang penuh bergaya walaupun hanya berselipar dan
berpakaian serba hitam.
Tidak hanya keseorangan, Aryan turut ditemani adik perempuannya, Suhana
yang kelihatan kasual dengan sepasang but dan denim koyak di lutut.
Aryan Khan tiba di India untuk menghabiskan masa bersama ahli
keluarganya selepas bapanya baru sahaja selesai menjalani penggambaran
filem Diwale yang bakal ditayangkan pada 18 Disember tahun ini.


0 comments:
Post a Comment