JIKA sebelum ini mengambil gambar secaraselfie dan duckface menjadi trend, kali ini satu lagi fenomena dikatakan bakal mendapat perhatian netizen di luar sana untuk melakukannya.
Bergambar sambil memegang hujung telefon bimbit dengan dua jari menjadi kegilaan kerana ia dikatakan mampu meningkatkanadrenalin rush di kalangan penggemarnya.
Untuk menjayakan trend ini,
anda perlu memegang hujung telefon bimbit di kawasan berisiko tinggi
yang mampu merosakkan gajet tersebut antaranya di dalam bilik air,
longkang dan balkoni.
Menulis hashtag #extremephonepinching, ramai netizen berkongsi
pengalaman mereka melakukan cabaran tersebut malah ada juga percubaan
mereka yang gagal sehingga ‘mencederakan’ telefon mereka sendiri.





0 comments:
Post a Comment