![]() |
Tapak selipar tertulis kalimah Allah cetus kemarahan umat Islam |
Gambar sepasang selipar jenama Glacio G-2079 yang tertulis kalimah Allah
dalam kaligrafi kufi di tapak selipar itu menjadi viral di laman
sosial.
Gambar yang dimuat naik sejak 10 Oktober oleh sebuah
laman Facebook, mencetuskan rasa kurang senang netizen yang beragama
Islam menganggap rekaan tapak selipar itu sebagai penghinaan terhadap
agama Islam.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada selipar Glacio ini dijual di pasaran tempatan.
Namun difahamkan jenama selipar tersebut dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang bertapak di Indonesia.

Menurut sumber, pihak ulama telah meminta syarikat terbabit menghentikan pengeluaran dan penjualan selipar tersebut bagi menghormati permintaan masyarakat beragama Islam.
0 comments:
Post a Comment