Beberapa gambar yang menunjukkan seorang pramugari syarikat
penerbangan Kunming dari China yang dipaksa berkurung dalam ruang bagasi
pesawat menarik perhatian ramai pengguna media sosial di sini,
baru-baru ini.
Memetik laporan Shanghaiist,
gambar berkenaan mula tersebar di aplikasi Wechat sejak minggu lalu di
mana hampir semua krew penerbangan itu dipaksa untuk berkurung dalam
ruang bagasi penumpang selepas berkhidmat selama 30 sehingga 50 jam.
Difahamkan, ‘protokol’ yang luar biasa berkenaan didakwa telah mula dipraktikkan sejak 4 sehingga 5 tahun lalu.
Susulan itu, syarikat penerbangan tersebut diminta untuk memohon maaf
selepas gambar tersebut menjadi viral sehingga segelintir pengguna media
sosial menyatakan rasa kurang senang terhadap amalan tersebut.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut telah mengeluarkan satu
kenyataan dan mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku tanpa
pengetahuan mereka.
Jurucakap syarikat penerbangan itu mengatakan bahawa syarikatnya akan
menjalankan siasatan lanjut supaya membawa mereka yang tidak
bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Difahamkan, syarikat penerbangan tidak menerima sebarang aduan daripada anak-anak kapal tersebut.
0 comments:
Post a Comment