HAINAN, China – Seorang anggota polis berdepan detik cemas apabila
ditimbus batu-batu kerikil ketika cuba menahan sebuah lori yang disyaki
membawa muatan berlebihan baru-baru ini.
Insiden itu sempat dirakam oleh seorang rakan kepada anggota penguat kuasa tersebut yang berada di tempat kejadian.
Pada mulanya, lori berkenaan ditahan kerana membawa muatan yang berlebihan dan seorang anggota polis menghampiri bahagian belakang kenderaan tersebut untuk diperiksa.
Bagaimanapun pemandu lori tersebut bertindak membuka penghadang di bahagian belakang kenderaan berkenaan menyebabkan batu-batu yang ada jatuh lalu menimbus polis terbabit.
Ketika rakan-rakannya cuba menolong polis berkenaan keluar daripada timbunan batu-batu itu, pemandu lori tersebut dengan pantas melarikan diri.
Bagaimanapun, pemandu lori itu berjaya diberkas dan didakwa kerana cuba mencederakan pihak berkuasa selain kesalahan membawa muatan berlebihan. – Agensi
Kosmo

0 comments:
Post a Comment