Lampung (Indonesia): Satu pasangan pengantin baru ditahan polis kerana
dipercayai membunuh dan memakan kemaluan seorang lelaki yang didakwa
merogol wanita berkenaan, kata polis semalam.
Suami wanita itu, Rudi Efendi, 30, mengaku membunuh mangsa selepas mendapati isterinya tiada dara ketika malam pertama mereka pada September lalu.
Isterinya yang berusia 20 tahun mengaku dia dirogol seorang pemandu yang juga bekas kekasihnya.
Kerana berang, Rudi mengarahkan isterinya menghubungi lelaki itu dan berpura-pura mahu bertemu pada awal Oktober lalu.
Bagaimanapun, dalam pertemuan itu Rudi menikam lelaki berkenaan hingga mati sebelum memotong kemaluannya.
Mangsa ditemui terbakar bersama kereta miliknya.

![]() |
RUDI (dua dari kanan) bersama isterinya ketika ditahan di sebuah balai polis di Lampung. |
Rudi
kemudian membawa kemaluan mangsa pulang ke rumah dan meminta isterinya
menggoreng alat sulit mangsa itu sebelum makan bersama-sama.
“Saya sangat marah.
“Saya mengambil keputusan memakan alat sulit lelaki itu bagi mengubati hati saya yang sakit,” kata Rudi kepada wartawan.
Seorang jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan tetapi mengesyaki pembunuhan itu dirancang lebih awal.
“Kami percaya si suami yang melakukan pembunuhan manakala isterinya hanya bersubahat,” katanya. - hmetro.com.my

0 comments:
Post a Comment