
Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya
bergesel dengan motosikal lain di Jambatan Pulau Pinang hari ini.
Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam di dalam lumpur di bawah jambatan itu.
Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Perai Roslan Rashid
berkata kejadian pada 9.30 pagi di KM1.4 Jambatan Pulau Pinang itu
melibatkan dua motosikal dari arah Perai menghala ke pulau.
"Muhammad Noor Firdaus bernasib baik kerana air laut surut menyebabkan
sebahagian badannya terbenam dalam lumpur," katanya di George Town.
Beliau berkata pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di
sekitar jambatan serta di permukaan air dari atas jambatan itu sebaik
mendapat laporan berhubung kejadian itu.
"Mangsa ditemui di permukaan air dan dibawa keluar menggunakan sistem
anchoring...kami menariknya ke atas jambatan yang setinggi kira-kira 10
meter itu," katanya.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima
kilometer keberikutan pengguna jalan raya berhenti untuk melihat dan ada
yang cuba menyelamatkan lelaki itu.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment