
Bagaimanapun melihat kepada gambar, penulis teringat pula pada satu
ketika dulu kecoh juga di laman sosial berkenaan gambar seekor kucing
telah dipijak dengan kasut bertumik tinggi. Selain itu nama samaran
Amoyy Mongek sebenarnya tidak asing lagi dengan status yang tidak
disenangi oleh masyarakat. Sebelum ini nama tersebut juga ada memuat
naik status yang menghina mangsa MH17.

Jadi berdasarkan carian google terhadap gambar kejam kucing dipijak
berkenaan telah menunjukkan ia dilakukan oleh seorang wanita warganegara
China dan pernah viral di laman sosial pada tahun 2009 yang lalu.
Dipercayai akaun Facebook Amoyy Mongek ini adalah palsu. Tidak tahulah apakah motif individu ini yang sering kali memuat naik status yang sengaja menarik perhatian orang ramai kerana perkara negatif.
0 comments:
Post a Comment