PORTHSMOUTH, Britain – Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini
terkejut apabila seorang wanita hamil selamat melahirkan anaknya dalam
keadaan koma baru-baru ini.
Colvina Jolina, 28, disahkan koma sejak 16 November lalu selepas mengalami pendarahan otak yang teruk semasa dia sedang hamil tiga bulan.
Sepasukan pakar perubatan berada dalam bilik bersalin ketika proses kelahiran yang luar biasa itu berlaku di Hospital Queen Alexander yang terletak di Porthsmouth pada Januari lalu.
“Kami tidak sangka kedua-duanya akan selamat kerana wanita itu berada dalam koma ketika melahirkan anaknya,” kata seorang doktor yang enggan dikenali.
Ini kerana menurut pakar, kemungkinan untuk si ibu selamat hanya 10 peratus dalam proses kelahiran tersebut.
Bagaimanapun, sebaik bayi itu lahir secara normal, doktor terpaksa menggunakan mesin renjatan sebanyak dua kali untuk menyedarkan Maia.
Berdasarkan rekod, hanya 25 kes kematian otak atau koma ketika kehamilan dilaporkan sejak 1970-an dan kebanyakannya berakhir dengan keguguran atau kelahiran bayi yang cacat. – Agensi

0 comments:
Post a Comment