“Kami tidak buat salah, tidak buat jenayah, mengapa pandang serong
terhadap wanita yang menghisap vape (rokok elektronik)?” luah gadis yang
hanya mahu dikenali sebagai Wati, 28.
Wati berkata, kaum lelaki yang menghisap vape dipandang biasa, namun
apabila kaum wanita membuat perkara sama ia seolah-olah melakukan
jenayah atau mencemarkan imej memetik Harian Metro.
![]() |
| Gambar hiasan. |
“Persepsi ini tidak adil bagi kami kerana kami juga berhak melakukan
perkara yang diminati,” katanya pada Festival Vape di Shah Alam
Convention Centre (SACC), di sini, semalam.
Festival itu bertujuan mengumpul dana sebanyak mungkin untuk disalurkan kepada anak yatim serta rakyat Palestin di Tebing Gaza.
Wati yang baru berjinak dengan rokok elektronik sejak beberapa bulan
lalu berkata, sebelum ini dia gemar menghisap shisha sebelum bertukar
selera kepada vape.
Labels:
Berita


0 comments:
Post a Comment