Seorang kanak-kanak autisme telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba
selepas kepalanya dikatakan telah tersepit dipagar rumah ketika
bermain-main di kawasan halaman rumah di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.
Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, mangsa, Muhammad Izzul Sufi Zulkifli
tersepit bahgian kepalanya antara ruang antara pagar tembok rumahnya
sebelum diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd
Sani Harul berkata, mereka menerima satu panggilan daripada orang ramai
memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Beliau dan beberapa anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan
apabila tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mangsa tersepit.
“Anggota menggunakan peralatan menyelamat berkuasa tinggi untuk
mengeluarkan mangsa.Kemudiannya mangsa diserahkan kepada ahli
keluarganya,” katanya.
Menurutnya, mangsa dipercayai termasuk ke dalam ruang antara pagar tembok itu ketika bermain bersendirian.





0 comments:
Post a Comment