Pada 10 Oktober lalu kita dikejutkan dengan satu kejadian kemalangan
yang melibatkan rombongan pengantin yang mengorbankan 4 nyawa termasuk
pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, ibu dan adik-adik
pengantin perempuan.
Sementara itu, Noraliza, 18, cedera parah tidak sedarkan diri selepas
berlaku pendarahan didalam kepala, tangan dan paha kirinya patah telah
dikejarkan ke hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

Semasa kemalangan rombongan pasangan pengantin berkenaan dikatakan dalam
perjalanan ke rumah pengantin lelaki untuk majlis kenduri dan sambut
menantu.
Terkini, berita gembira apabila selepas 2 minggu Norliza telah pun
sedarkan diri selepas beberapa siri pembedahan yang dilakukan
terhadapnya.
Beliau kini sudah mampu mengukirkan senyuman di wajahnya, tetapi untuk
pengetahuan semua dia sehingga kini belum dimaklumkan yang di telah
kehilangan orang tersayang,


Menurut saudaranya, Norliza kini masih tidak dapat bercakap berikutan
masih belum sembuh bekas kesan pembedahan di bahagian leher menyebabkan
dia tidak dapat bertanya tentang suaminya dan keluarganya masih
merahsiakan buat sementara waktu kerana tidak mahu memberikan tekanan
kepadanya yang baru sedarkan diri.
Apapun, mari bersama-sama sahabat semua kita berdoa supaya Norliza kuat
untuk menghadapi semua ini dan tabah lebih-lebih lagi apabila dia
mengetahui orang tersayang telah pergi meninggalkannya untuk
selama-lamanya.

0 comments:
Post a Comment