BEIJING: Sebuah sekolah menengah di China mendapat perhatian di laman sosial selepas dikatakan pelajar-pelajarnya boleh menulis menggunakan tulisan seperti tulisan yang ada dalam komputer.
Memetik laporan portal Mail Online, Sekolah Menengah Hengshui yang terletak di wilayah Hebei, tengah China, memang mementingkna pelajar menulis menulis tangan ketika berada di dalam kelas bahasa Inggeris di mana pelajar-pelajar perlu memastikan setiap huruf ditulis dengan bentuk yang sama.
Malahan, dikatakan sekolah tersebut lebih menitikberatkan soal tulisan berbanding kesalahan tatabahasa subjek berkenaan.
Beberapa keping gambar karangan dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh pelajar sekolah berkenaan telaht ersebar luas dalam laman sosial, menunjukkan kesalahan yang dibulatkan oleh guru kerana bentuk huruf yang ditulis tidak sama.
Selain itu, guru turut memberikan komen terhadap hasil kerja pelajarnya walaupun penulisan yang dihasilkan sangat mengagumkan.
Antara komen yang diberikan oleh guru terhadap penulisan pelajarnya di atas karangan yang ditulis adalah ‘memerlukan lebih banyak latihan’ dan ‘lebih baik’.
Seorang pelajar turut mendapat komen berbunyi ‘Tiada garisan terlebih atau terkurang’ bagi kesalahan menulis huruf terlalu pendek.
Sekolah Menengah Hengshui merupakan antara sekolah terbaik di China kerana mengamalkan sistem pembelajaran ala tentera dan mempunyai lebih 5,000 pelajar.
Sekolah itu juga terkenal kerana membantu pelajarnya untuk mencapai markah tertinggi pada setiap tahun dalam Peperiksaan Kemasukan Universiti.
0 comments:
Post a Comment