SEORANG wanita warga tua dipercayai terputus tangan kirinya setelah
tersepit antara pintu lif di sebuah blok perumahan awam milik agensi
pemerintah atau HDB di Taman Tasik Jurong pada Jumaat.
SINGAPURA – Seorang wanita warga tua dipercayai terputus tangan kirinya
setelah tersepit antara pintu lif di sebuah blok perumahan awam milik
agensi pemerintah atau HDB di Taman Tasik Jurong pada Jumaat.
Menurut pasukan pertahanan awam Singapura atau SCDF, pihaknya telah
dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian ngeri itu berlaku di Blok
322 Tah Ching Road itu kira-kira pukul 7.27 pagi.
Apabila tiba di tempat kejadian, para pegawai SCDF menjumpai wanita
malang berkenaan masih terperangkap lagi dalam lif di tingkat satu,
dengan tangan kirinya didapati tersepit antara pintu lif tersebut.
Menurut TODAY, akhbar percuma edisi petang terbitan MediaCorp., anggota SCDF berjaya menyelamatkan wanita itu dengan menggunakan perkakas berat untuk mengumpil pintu lif sehingga terbuka.

Mangsa berkenaan kemudian segera dihantar ke Hospital Universiti
Nasional Singapura (NUH) di Lower Kent Ridge Road dengan mengalami
masalah kecederaan tangan kiri yang amat serius.
Pihak hospital tersebut sudah pun diberitahu lebih awal untuk bersiap
sedia dan difahamkan bahawa tangan kiri wanita itu yang terputus telah
dibalut dalam ais serta dibawa ke NUH.
Sementara itu, empat pekerja syarikat penyelenggaran lif berkenaan,
Sigma Elevator Singapore telah dipanggil untuk kerja-kerja baik pulih
sebelum keadaan kembali normal selepas pukul 2 petang.
Beberapa jiran mangsa memberitahu akhbar The Straits Times,
wanita berusia 80-an itu dilihat membawa seekor anjing peliharaannya
yang berwarna putih sebelum kedua-duanya terperangkap di dalam
lif. – Agensi
0 comments:
Post a Comment