Saturday, October 10, 2015

Filled Under:

Polis - Nafi laporan budak hilang yang menjadi VIRAL, Ini Cerita Sebenarnya

 KUALA KUBU BHARU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPS) Hulu Selangor menafikan khabar angin yang tersebar luas di Facebook berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Menurut khabar angin yang tersebar, seorang kanak-kanak bernama Qistina Qalisya, 6, hilang di Kuala Kubu Bharu dan orang ramai diminta menghubungi Ridzuan menerusi talian 0173726910 jika ternampak atau tahu mengenai maklumat kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu setakat petang semalam.
“Hasil semakan lanjut yang dibuat pihak polis, nombor telefon yang dipaparkan itu merupakan milik bapa mangsa yang kini bekerja di Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu.

“Namun demikian, kejadian hilang itu ada berlaku tetapi bukan di sini tetapi di Lanchang, Pahang,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, difahamkan, bapa kanak-kanak itu juga mempunyai masalah keluarga.
“Sebenarnya, bapa kanak-kanak ini ada krisis dengan isterinya dan keluarga mentua.

“Kes ini pun sebenarnya sudah berlaku sejak tujuh bulan lalu dan bapa mangsa sendiri sudah buat laporan polis di Balai Polis Lanchang,” katanya.

Pihaknya turut menasihati pengguna media sosial supaya tidak terburu-buru dalam berkongsi sebarang maklumat yang belum lagi dapat dipastikan kesahihannya.

“Tapi kita sudah buat semakan dan kita mahu semua pihak jelas yang kes ini tidak berlaku di Kuala Kubu Bharu dan kita tidak mahu ramai ibu bapa panik mengenai khabar angin atau viral ini,” katanya.

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"




0 comments:

Post a Comment