
Luqmanul Hakim Bin Engku Hairulnizam menunjukkan Slip keputusan peperiksaannya UPSR dengan mendapat 5A.
Memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) menjadi bukti kesungguhan seorang calon UPSR yang selama
ini mengikuti pembelajaran di aliran perdana walaupun telah disahkan
menghadapai masalah pembelajaran disebabkan autisme.
Bagaimanapun, autisme iaitu kecelaruan otak terjadi pada kanak-kanak
yang biasanya melibatkan pelbagai masalah dalam pembelajaran, komunikasi
dan juga hubungan sosial itu tidak menghalang Luqmanul Hakim Engku
Hairulnizam, 12 tahun, yang mengalami masalah sama meraih kejayaan
seperti pelajar-pelajar normal yang lain.
Dia yang mengalami kesukaran memahami struktur ayat , akhirnya
berjaya mengatasinya dengan bimbingan ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan
sekelas.
“Luq work hard untuk capai keputusan ini,kawan-kawan , cikgu di sekolah banyak bantu”.
“Selain dari itu luq banyak buat “study group” ,berdoa dan selalu
buat solat Hajat di rumah dan sekolah”katanya kepada penulis Terengganu
Times semalam.
Sebelum itu luqmanul hakim turut berpesan kepada masyarakat di luar
sana supaya tidak mengangap pelajar istimewa sepertinya hanya kerana
mengalami masalah kecelaruan pada otak .
“Tolong fahami saya, tolong bantu saya’’, “Respect” orang macam saya dan terima seadanya, ujarnya.
Luqmanul hakim merupakan anak tunggal kepada pasangan Engku
Hairulnizam Tuan Ahmad ,40, yang merupakan seorang pegawai Yayasan
Pembangunan Usahawan(YPU) dan Hasbe Zuraini Abu Bakar, 43 seorang
usahanita melahirkan perasaan syukur atas kejayaan anak mereka itu.

Engku Hairulnizam bersama pasangannya Hasbe Zuraini bersyukur anak Istimewanya Mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
Hasbe Zuraini berkata, sebelum ini banyak rintangan dilalui anaknya,
yang terpaksa menukarkan luq dari sekolah penuh kerajaan ke sekolah
swasta sekolah Islam Pintar Tahfiz, Kuala Terengganu kerana masalah
tiada tumpuan disebabkan pelajar yang terlalu ramai.
“ Luq memang mengalami masalah tumpuan, jika berada dalam kelas dalam
waktu yang lama, tetapi Alhamdulillah guru-guru sekolah luq sangat
memahami dan mampu mengatasi masalah luq di sekolah”
“Kami menggunakan cara yang berbeza untuk mengajar luq mengikut kesesuaian dan tahap penerimaan Luq”
“Kami menerima Luqmanul Hakim Sebagai Anugerah dari Allah dan
bersedia untuk mendidiknya sehingga berjaya menjadi seorang cemerlang di
dunia dan akhirat, katanya.
Pasangan ini turut memberitahu anak Istimewa ini berhasrat untuk memasuki sekolah IMTIAZ untuk kemasukkan bulan Januari 2016.
0 comments:
Post a Comment