Wednesday, November 18, 2015

Filled Under:

Kesian....Wanita hamil cuba terjun tingkat 16 kerana mahukan perhatian suami !!


gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 18 November: Gara-gara mahu mendapatkan perhatian suami, seorang wanita hamil nekad cuba terjun dari tingkat 16 di sebuah apartmen di Taman Connaught, Cheras, lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 30 tahun itu berdiri di atas kompresor alat penghawa dingin dan disedari penghuni apartment itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, wanita yang hamil tujuh bulan itu berjaya dibawa turun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita tersebut mengalami tekanan perasaan akibat permasalahan dengan suaminya.

“Mangsa dikatakan tidak akan mengulangi kejadian itu dan tiada niat untuk membunuh diri sebaliknya mahu mendapatkan perhatian suaminya.

“Suami mangsa sehingga kini masih tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Chong berkata, wanita tersebut mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Menurutnya, wanita tersebut ditahan reman hingga Isnin depan untuk siasatan namun tiada kertas siasatan yang dibuka.






0 comments:

Post a Comment