Tuesday, June 23, 2015

PERGELANGAN TANGAN BUDAK 4 TAHUN BERKECAI GARA-GARA MERCUN "A BOOM"



Setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal, antara berita yang ‘wajib’ dilaporkan adalah tentang kecederaan yang menimpa kanak-kanak akibat mercun.
Tak terkecuali tahun ini, walaupun baru menjengah hari keenam puasa namun kecelakaan bermain mercun sudah mendapat perhatian media.

Polis Marin Rampas Pelbagai Mercun Bernilai RM500,000

11406540_847991628583388_4553322673098327857_o
Satu kejadian malang telah menimpa seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Tanjung Sepat, Banting, Selangor akibat bahan letupan tersebut.
Memetik laporan dari akaun Facebook Friends of PDRM, pengendali menyatakan insiden malang itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain bersama rakan-rakannya di luar rumah selepas waktu berbuka.
11402419_847991648583386_648270673406974232_o
Berdasarkan laporan sama, kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tanjung Sepat sebelum dibawa ke Hospital Daerah Banting.
Terkini, dia sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Klang.
Menerusi ruangan komen, segelintir pihak meluahkan kekecewaan terhadap kawalan ibu bapa yang longgar sehingga membiarkan anak mereka keluar pada waktu malam dan bermain mercun.
Ya, nasi sudahpun menjadi bubur. Harapnya laporan seperti ini akan menjadi pengajaran kepada individu di luar sana untuk sentiasa peka dengan aktiviti anak-anak.



ADIRA ENGGAN KOMEN KHABAR ANGIN PUTUS TUNANG !



Kalau sebelum ini, penyanyi Adira bertunang senyap-senyap dengan kekasihnya pada Disember tahun lepas dan pertunangan mereka hanya didedahkan pada umum beberapa bulan selepas itu, khabar angin bertiup kencang bahawa kini mereka sudah putus tunang.
Dia telah mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Shahrul Nasrun Kamarudin, 29, dalam majlis yang dilangsungkan pada 22 Disember 2014 di Kundasang, Sabah. Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga Adira serta Shahrul.
Menurut Aida yang menulis di Utusan, sudah ramai yang mengatakan sebegitu walaupun mereka juga mendengar khabar angin dari orang lain. Oleh sebab itu, dia telah menghubungi sendiri penyanyi Adira untuk mendapatkan kepastian.
Namun begitu, penyanyi itu lebih selesa mendiamkan diri dan enggan memberikan komen tentang perkara itu. Adira ketika dihubungi juga seolah-olah sedang sibuk menguruskan sesuatu.
Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 24, telah menetapkan tarikh pernikahannya pada September depan.
Diharapkan hubungan Adira dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M) ini sebenarnya tidak bermasalah dan perkara ini sememangnya hanya khabar angin sahaja. Ramai mendoakan penyatuan mereka berdua berikutan masing-masing pernah dilihat serasi bersama.



Kucing Mata ‘Alien’ Ada 30,000 Pengikut Instagram



Jom berkenalan dengan Matilda, seekor kucing comel dengan mata serupa ‘alien’ atau makhluk asing. Matilda kini menjadi idola baru menerusi Internet.
Kucing dengan mata yang besar itu mempunyai kira-kira 30,000 pengikut atau followers di laman Instagram.

Portal berita The Huffington Post melaporkan, Matilda mempunyai keadaan mata yang tidak normal. Anak matanya melebar sehingga mencapai saiz yang tidak normal dengan cara badannya membesar.
Pada mulanya, hanya satu bola mata Matilda yang menunjukkan kelainan. Namun ketika berusia dua tahun, kedua-dua matanya hampir buta. Matanya hanya memberi reaksi kepada cahaya dan pergerakan mudah.
Menurut pemilik Matilda, Meghan, keadaan kucingnya itu turut membingungkan beberapa doktor haiwan. Selain itu, Matilda juga mengalami glaukoma yang memburukkan lagi penglihatannya.
“Kami masih tidak pasti kenapa matanya boleh membesar,” kata Meghan. Struktur kolagen Matilda disyaki mencetuskan keadaan tidak normal dalam matanya.
Walaupun matanya bermasalah, Matilda tetap ceria. Bahkan gerak-gerinya tidak kelihatan seperti seekor kucing yang hampir buta. Dan nampaknya kelucuan Matilda berjaya mengundang simpati dari orang ramai yang menyumbang kepada dana rawatannya.
Sejak bersinar menerusi Instagram dan laman peribadi yang dibuat oleh Meghan, Matilda sudah menjalani siri prosedur perubatan yang diperlukan. Namun demikian Matilda masih perlu menjalani beberapa prosedur lanjutan.


Cara Solat Tarawih Sendirian


Sempena bulan ramadan bulan yang berkat, seluruh umat islam berlumba-lumba untuk menambah amalan. 

Soalan; saya ada dua soalan:

1 ) Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?

2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Cara Solat Tarawih Sendiri

Jawapan:

1. Solat tarawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat tarawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.


Mengapa Jin Suka Merasuk Manusia


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.


Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


Ayam Berkaki Unik Jadi Hidangan Mewah Di Vietnam





Baka ayam unik yang dikenali sebagai ayam Dong Tao menjadi santapan eksklusif di kebanyakan restoran-restoran mewah di Vietnam.
Zaman dahulu kala, ayam baka ini hanya boleh dijadikan hidangan untuk kerabat diraja dan upacara keagamaan sahaja.
Ayam Dong Tao boleh mencecah berat dari tiga sehingga enam kilogram dengan kaki mereka yang selebar pergelangan tangan manusia.
Menurut kebanyakan penggemarnya, ayam ini lebih sedap isinya daripada ayam baka biasa dan disebabkan permintaan yang tinggi, harga ayam ini lebih mahal di pasaran.









10 Perkara yang Ibu Tidak Pernah Ceritakan Kepada Kita



Seperti yang kita ketahui, ibulah orang yang paling rapat dengan kita sejak kita dilahirkan. Bermulalah daripada mengandungkan kita sehingga kita besar dan berpisah jarak yang mana si anak akan tinggal berasingan untuk belajar dan juga bekerja.

Kadang-kadang sehingga kita lupa akan ibu kita yang jauh di kampung halaman. Walaupun sering mengirimkan wang ringgit bagi perbelanjaan mereka adakah itu sebenarnya bagi mereka? Sudah tentu tidak melainkan dapat melihat anak-anak di depan mata lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tidak berupaya menjalankan tugas harian seperti biasa.

Maka di sini ingin kami kongsikan 10 perkara yang mana apakah yang dilakukan mereka sejak anda kecil dan apakah pengorbanan yang dilakukan mereka semenjak dia mula mengandungkan anda. Supaya anda tahu siapa anda sebenarnya di hati mereka.

1. Anda membuatkan dia menangis

Dia menangis ketika tahu mengandungkan anda. Dia menangis setelah melahirkan anda. Dia menangis kerana bahagia. Dia menangis kerana ketakutan. Dia menangis kerana bimbang. Dia menangis kerana dia memahami anda. Dia turut merasa sakit dan juga bahagianya anda sama ada anda sedar atau tidak.

2. Dia mahukan makanan yang paling akhir

Sekiranya ada potongan kek yang terakhir dalan pinggan, dia sangat mahukannya tetapi apabila dia melihat anda yang comel, bermata bulat besar sedang menjilat keliling bibir dengan lidah kecil anda, dia tidak akan makan bahagian akhir itu. Dia tahu dia akan lebih gembira melihat anda yang memakannya.

3. Dia merasa sakit

Apabila anda menarik rambutnya, apabila anda mencakar dengan kuku tajam anda yang susah untuk dipotong, apabila anda menggigitnya ketika sedang menyusu, ketika anda menendang dan mencakar sewaktu dalam kandungan dan segala kesakitan dibuat oleh anda ketika melahirkan anda.

4. Dia sentiasa ketakutan

Bermula mengangdungkan anda, dia akan lakukan segala termampu untuk melindungi anda. Dialah wanita yang berkata ‘Tidak’ kepada anak jiran yang kecil yang meminta untuk mendukung mu. Susahnya hati dia bila tahu tiada apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan keselamatan anda. Sentiasa tidur lewat memastikan anda pulang ke rumah dengan selamat dan bangun awal pagi untuk melihat anda ke sekolah. Ketika tidur, dia sentiasa siap sedia menenangkan anda sekiranya didatangi mimpi buruk ataupun demam pada malam.

5. Dia tahu yang dia tidak sempurna

Dialah yang paling kuat mengkritik diri sendiri. Dia tahu akan segala kelemahannya dan kadang-kadang sehingga membenci diri sendiri. Dia akan merasa segala kekurangan diri apabila memikirkan anda. Walaupun dia mahu menjadi seorang ibu yang sempurna tanpa melakukan apa-apa kesilapan tetapi dia hanyalah manusia biasa. Dia juga berharap sekiranya boleh mengundurkan masa untuk mengelak kesilapan-kesilapan itu. Maka berbuat baiklah terhadap ibu, dan tahulah yang mereka telah melakukan yang terbaik untuk anda.

6. Dia menatapi ketika anda sedang tidur

Terdapat malam-malam yang dia akan berjaga sehingga jam 3 pagi dan berdoa serta berharap yang anda akhirnya tidur. Dia menahan rasa mengantuk ketika mendodoi anda dengan menyanyikan lagu sambil dalam hati berkata “tidurlah… tidurkan…”. Kemudiannya setelah anda akhirnya tidur dia akan meletakkan anda di sebelahnya dalam keletihan yang belum lagi hilang menatap raut wajahmu yang kecil dan comel.

7. Dia mengandungkan anda lebih dari 9 bulan

Dia belajar mendukung kami ketika menyapu sampah, mendukung anda ketika dia sedang makan sehinggakan ketika dia tidur sekalipun. Lengannya mungkin sakit, belakangnya mungkin sakit tetapi tetap mendukung anda kerana dia mahu anda berada disampingnya.

8. Dia berpatah hati setiap kali anda menangis

Tiada lagi bunyi yang sangat menyedihkan bagi mereka melainkan bunyi tangisan dan air mata yang mengalir ke wajah anda. Dia akan melakukan segala yang termampu hanya untuk membuatkan anda behenti menangis dan apabila dia tidak berjaya, hatinya akan retak seribu.

9. Anda diutamakan

Biarpun dia tidak sempat mandi, makan dan tidur tetapi akan memastikan yang anda mendapat semua itu. Dia mungkin akan menghabiskan seharian semata-mata mendapatkan segala keperluan anda sehingga pada akhirnya dia kehabisan tenaga untuk keperluan diri sendiri. Tetapi keesokan harinya dia tetap akan mengulangi perkara yang sama kerana anda sangat bermakna baginya.

10. Dia mengulangi semua perkara itu

Biarpun segala kesakitan, kesusahan, siang dan malam dilalui oleh ibu kita, dia tetap akan melakukan perkara yang sama untuk kita kerana kita sangat bermakna baginya. Maka, sekiranya anda melihat ibu anda selepas ini, ucapkanlah terima kasih kepadanya. Biarkan dia tahu yang anda juga sayangkan dia.


Polis Cuba Alih Perhatian Anak, Bapa meninggal didalam kemalangan



Gambar yang menunjukkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat (AS) sedang mengalih perhatian seorang kanak-kanak perempuan ini telah mendapat perhatian orang ramai.
Menurut sumber, bapa kepada anak kecil ini telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan ahli keluarga mereka pada Khamis di Brighton, Colorado.
Media tempatan melaporkan, ahli keluarga yang lain hanya mengalami kecederaan dan mereka dipercayai dari Illinois yang sedang bercuti di Colorado.
Saksi menyatakan tayar belakang di sebelah kiri kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka itu tiba-tiba meletup dan menyebabkan pemandu hilang kawalan.
Lima daripada enam ahli keluarga itu dikatakan tercampak keluar dari kenderaan selepas berpusing beberapa kali sebelum terbalik.
heroic-police-officer-distracts-child-car-accident-22
heroic-police-officer-distracts-child-car-accident-32
Polis percaya tiada seorang daripada mereka yang memakai tali pinggang keselamatan atau berada di tempat duduk kereta kecuali seorang kanak-kanak yang tinggal dalam kereta malang tersebut.
Justeru, seorang anggota polis tempatan segera mendukung budak kecil itu dan menunjukkan suasana sekeliling sebagai usaha mengalih tumpuan mangsa yang terselamat daripada menangis dan trauma seumur hidupnya.
Gambar dirakamkan ini menjadi sensasi menerusi laman sosial dan ramai netizen menyatakan simpati terhadap anak kecil itu jika dia mengetahui insan tersayang sebenarnya sudah pun terkorban dalam nahas tersebut.
” Memakai tali pinggang keselamatan mampu selamatkan nyawa anda. Ramai sangka mereka tidak perlu pakai tali pinggang keselamatan kerana hanya mahu pergi ke kedai berdekatab,” kata Sam Cole dari Jabatan Pengangkutan Colorado.
Kajian mendapati 73% daripada mangsa yang terlibat kemalangan maut terselamat kerana memakai tali pinggang keselamatan


PERHATIAN !! Perbuatan Yang Menyebabkan Amalan Puasa Menjadi Sia-sia

Berpuasa merupakan ibadah mulia yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi umat Islam. Ibadah ini sangat mulia, bahkan termasuk kedalam salah satu dari 5 rukun iman yang ada.

Puasa

Makna bulan puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dahaga saja, namun ada maksud disebalik itu semua iaitu untuk menjadikan seorang muslim menjadi muslim yang lebih bertaqwa lagi dalam semua hal ketika bulan Ramadhan berakhir.

Islam mengatur segala amal perbuatan umat manusia dan pada ketika bulan puasa Ramadhan ini pula amal perbuatan baik kita dilipat gandakan pahalanya. Bahkan, perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai dengan akidah agama akan menyebabkan terbatalnya ibadah puasa kita, walaupun kita telah menahan lapar dan dahaga seharian.

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahawa hadits ini shahih lighairih)

Dibulan puasa Ramadhan ini mari kita bersama-sama meningkatkan kualiti puasa kita agar lebih baik lagi berbanding puasa sebelumnya.

Kali ini akan disajikan untuk pembaca perbuatan yang boleh membatalkan puasa tersebut, agar puasa kita manfaatnya jauh dari hanya sekadar menahan lapar dan dahaga saja.

1. Menundukan Pandangan

Menahan lapar dan haus mungkin telah berjaya kita lakukan, namun apa yang kita lihat dan dengar dengan telinga sangat sukar dihindari. Maka Islam menganjurkan untuk menghindari diri dari hal-hal yang haram.

Jabir bin ‘Abdillah menyampaikan petua yang sangat baik: “Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan perkara-perkara haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.” (Lihat Latha’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah).

2. Menjaga Lisan

Dalam seharian kita terhindar dari perbuatan dusta, ghibah, mengumpat, memaki, bertengkar, banyak bergurau senda, berdebat, serta segala perbuatan yang mengundang kebencian dan permusuhan.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa maka jangan berkata kotor dan jangan bertindak bodoh. Jika ada seseorang menyerang atau mencaci, katakanlah “sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”

Jika pada bulan Ramadhan saja seseorang muslim tidak dapat menjaga lisannya, apalagi bulan selain Ramadhan? Maka diharapkan setelah bulan Ramadhan berakhir, amal-amal lisan yang baik ini dapat diteruskan.

3. Menjaga Telinga

Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan dan segala perkara yang haram juga akan menyebabkan ibadah puasa seorang muslim sia-sia. Bahkan dalam Al-Qur’an disebutkan bahawa kedudukan orang yang suka mendengar berita bohong sama dengan orang yang memakan barang haram.

“Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong. Banyak memakan yang haram.” (QS. Al-Maidah: 42)

4. Hindari Yang Haram, Walaupun Telah Berbuka

Hindari tangan, kaki, dan semua panca indera dari perkara-perkara yang diharamkan, walaupun telah berbuka. Tak ada ertinya sepanjang hari menahan diri dari makanan yang halal, namun setelah berbuka melakukan perkara-perkara yang dibenci malah diharamkan.

Orang seperti inilah yang disebutkan oleh Rasululkah SAW, “Betapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (HR. Nasai dan Ibnu Majah)

5. Makan Keterlaluan Ketika berbuka

Dapat disimpulkan bahawa salah satu tujuan berpuasa adalah untuk melemahkan pelbagai kekuatan yang menjadi kekuatan nafsu. Maka agar tercapai tujuan mulia ini janganlah makan berlebih-lebihan kerana syahwat akan menguat dan bisikan syaitan untuk melakukan perkara yang haram akan muncul semula. - See more at: http://www.sportmusang.com/2015/06/perbuatan-yang-menyebabkan-amalan-puasa.html#sthash.1hi1S8mr.dpuf


Tolong Baca dan Fahamkan (Leka ‘Main’ Telefon, Kaki Tersangkut Penutup Longkang)



Malang menimpa seorang wanita di China apabila kakinya tersangkut pada penutup longkang akibat terlalu leka melihat telefon bimbitnya.
Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Mianyang di wilayah Sichuan, China ketika dia sedang asyik membalas mesej sambil berjalan.

Wanita itu kemudian secara tidak sengaja terpijak besi penutup longkang sehingga menyebabkan kakinya yang kurus termasuk di celah besi berkenaan.
Orang ramai cuba membantu namun selepas hampir sejam gagal mencuba, pihak bomba terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kaki wanita tersebut.


Penemuan Diari Allahyarhamah Azean Irdawaty Membuatkan Anaknya MENANGIS




Allahyarhamah yg ketika itu berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam (17 Disember) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)...

Namun, apa yg menyentuh hati kami apabila ank perempuan Allahyarham tlah berkongsi isi kandungan diari kehidupan ibunya ketika itu...

I found this book last year, kept among Mama’s treasured jewellery. Naturally, after reading what I saw, I cried – for missing her, and for being thankful for what she went through for me. But it also made me glad that it was Mama’s habit to jot things down and keep everything in record. And what more, for having kept the book through out all these years, despite having moved house so many times. Who knew I’d one day find this book. But I’m glad I did.

I had been keeping the book wif me ever since I found it. & today, I find it fitting to share with everyone what Mama wrote, in cnjunction with Mother’s Day.  This was the countdown to my birth, written by Mama, on a green bku 555 (everyone had one of those), in green ink (I wonder if that’s secretly why green is my favourite colour). This was her accounts book.

On a page dated 20th June 1990, exactly 13 days bfore I was born, Mama rcorded the spendings & balance for that day. Among other things, was written “Inessa’s things: spent RM 87.70, balance RM 784.30.” She was already expcting me any day by then, perhaps, & decided 2 prepare the things she’ll need for me.....



And evidntly, before I was born, she hadn’t planned on calling me Ines for short, just yet. But it’s nice 2 see my name in writing before I’m even born. And on the back page of the book, was the detailed & almost minute-by-minute update/chronology of her counting down to delivering me:
– Uterine contractions started at around 5:00 pm
– 6:30, fertilized green plants & watered indoor plants..
– 7:00 – contractions every 10 minutes.
Benjy helped to pack.
– 8:00 – felt a burst.
– 8:04 – waterbag burst.
– 8:20 – Mat & Ja fetched to send to Pantai – admitted.
– 9:25 Karl appeared.
– 10:00 – Labour started.
– 10:20 – Energised.
– 11:05 – Delivered.



Thanks, Ma, for the precise & beautiful story of my birth.  She was 39 years old when she found out that she was pregnant with me. I was a surprise baby, & she wanted to keep me despite warnings by her gynae. Mainly because she had waited 9 years for my sister, she decided she wasn’t about to let me go....

My dad Khairil Anwar Rashidi was at work then, playing music at a hotel, which was why she called her brother Omar Khayam & sister Nor Aliza Abdul Samad to fetch her to hospital. Thank you, Om & Umi.

She was 40 by the time I was born, but she had made extra effort to be sure she kept herself extra healthy for her pregnancy & delivery, which was why she was still able to do gardening just hours before dlivery. That was also probably why her labour was so short....



 apparently, my delivery was the easiest, despite at that age, what more with no epidural and no Caesarean. Thank God she kept me, and thank God it was easy. But honestly, thank God for you, Ma. I love you always.


6 Amalan kesukaan Rasulullah di bulan Ramadan

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)



Menerusi IslamItuIndah.my, disenaraikan enam amalan kesukaan Rasulullah di bulan Ramadan:

MEMBACA AL-QURAN

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

MEMBERIKAN MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA PUASA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

QIAMULLAIL

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

SOLAT TARAWIH

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

MENGERJAKAN UMRAH

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.