Saturday, April 4, 2015

SARIMAH IBRAHIM MEMILIH NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT DESTINASI BERBULAN MADU

Sarimah dulu pernah berkahwin dengan jejaka luar negara tetapi perkahwinan  mereka gagal ditengah jalan. Kini Sarimah telah selamat bernikah dan menjadi isteri buat Suami tercinta merupakan cucu kerabat Negeri Sembilan. Pengantin baru, Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie yang baru semalam bernikah, memilih New York, Amerika Syarikat, sebagai destinasi percutian bulan madu mereka tidak lama lagi.



Walaupun ia bukanlah kali pertama bagi mereka dua menjejakkan kaki di kota metropolitan tersebut, namun pasangan ini mempunyai sebab mengapa mereka mahu kembali ke situ lebih-lebih lagi kali ini adalah atas tujuan berbulan madu pula.

“Sebenarnya, saya pernah ke New York sebelum ini. Sewaktu kunjungan pertama itu, saya sangat-sangat seronok dan terfikir untuk datang lagi ke New York suatu hari nanti. Jadi apabila memikirkan destinasi honeymoon, saya terus terbayangkan New York” 




“Kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman yang menyeronokkan di New York bersama-sama Tunku Jamie. Saya mahu ajak Tunku Jamie ke Empire State Building,” ujar Sarimah yang kepada Mangga Online. Mungkin juga mereka ingin menikmati suasana romantik berdua di sana. 

Malah, Tunku Jamie juga mengakui pernah merancang membawa isterinya berbulan madu di New York selama tiga minggu sekitar bulan Jun nanti dan tambahnya, dia dapat merasakan bahawa percutian kali ini bakal menjadi percutian yang paling manis buat mereka berdua.








SHAMSUL YUSOF BAWA PUTERI SARAH BERCUTI DI AUSTRALIA


Dalam kehidupn ini adakalanya masalah akan menimpa kita tanda Allah mahu menguji umatnya. Tidak terlepas juga buat pasangan bahagia ini. Sebelum ini kita telah digegarkan dengan perkhabaran filem arahan Shamsul telah di sabotaj dan juga khabar menyedihkan buat pasangan ini dimana isteri tercinta telah keguguran anak pertama mereka. Tetapi mereka tetap kuat menghadapi dugaan ini dengan tenang dan mari kita lihat gambar yang dikongsikan pasangan ini di akaun Instagram mereka. Kini Shamsul Yusof dan juga isteri tercinta sedang bercuti di Australia. Mungkin juga percutian tersebut merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan pertama Shamsul pada isterinya. 



Apa yang kami suka lihat ialah kebanyakan gambar Puteri Sarah pasti akan melentok di bahu suaminya. Manis sungguh dan daripada riak wajah saja pun sudah tahu mereka bahagia.



Malah, Shamsul juga sebelum ini pernah menyifatkan perkahwinan itu sebagai satu pelengkap di dalam kehidupannya dan banyak membuatkan dirinya berubah. Shamsul dan juga Sarah sebelum ini telah selamat bergelar suami isteri pada 8 Mac 2014. 

Apa yang pasti, doa daripada peminat sentiasa mengiringi pasangan ini. Semoga kebahagian Shamsul dan juga isteri berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin
 



DALAM USIA BEGINI SEKS BUKAN PERKARA UTAMA BUAT SAYA- DATUK AZNIL NAWAWI



Datuk Aznil Nawawi memang sudah lama menjadi duda dan kini dua permata beliau telah meningkat dewasa. Mengakui seringkali ditanya mengenai hal perkahwinan, Datuk Aznil Nawawi beranggapan bahawa perkara tersebut sebagai suatu yang sangat klise. Malah seringkali soalan tersebut disambut dengan ketawa. Mengakui sesekali persoalan kahwin itu bermain di kepala, Aznil menjelaskan komitmen kerja yang sentiasa memerlukan dia sentiasa ke sana ke sini, membuatkan beliau melupakan perihal berkenaan. Tambahnya lagi, faktor usia juga menyebabkan dia tidak meletakkan seks sebagai perkara utama.




“Kalau balik rumah dan penat sangat serta mengantuk, tidurlah jawapannya. Pada usia saya kini, seks bukan keutamaan. Malah kalau ada yang berkahwin semata-mata kerana seks, saya rasa pelik juga. Ini kerana perkahwinan lebih daripada itu”

“Seks hanya sebahagian sahaja. Kasih sayang lebih penting. Macam sekarang kasih sayang saya terus mengalir kepada anak, ibu, keluarga dan kawan. Paling melegakan saya apabila tidak terikat dengan sesiapa ialah tak dihimpit soalan awak kat mana atau balik pukul berapa,” jelasnya. 


“Bukan sewenang-wenangnya jumpa orang dan ajak jomlah kahwin. Pengalaman kahwin dulu banyak mengajar saya untuk jadi lebih berhati-hati. Kerana terlalu sibuk bekerja dan menghabiskan masa di luar, ada hati yang terabai”

“Jadi saya akan kasihankan mana-mana wanita di luar sana yang akan keseorangan di rumah atau ditemani anak sahaja. Komitmen kerja saya memang memerlukan bergerak dan terbang ke sana ke mari. Kerjaya saya memang menyukarkan untuk ada komitmen berumah tangga,” katanya kepada Berita Harian.


TAUFIK BATISAH SELAMAT BERNIKAH


Seperti yang kita ketahui Taufik Batisah akan menamatkan zaman bujangnya itu pada bulan April. Tahniah kami ucapkan kepada Taufik Batisah kerana telah selamat bergelar suami kepada Sheena Akbal dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini. Taufik telah dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja.

Sebelum ini Taufik pernah mendedahkan bakal isterinya di Facebook dan menerima banyak reaksi positif di laman sosialnya. Taufik pernah digosipkan dengan Nur Fazura kerana mereka telah digandingkan untuk menjadi juri dalam rancangan hebat Maharaja Lawak Mega namun penyanyi ini bijak menangkis sebarang spekulasi malah sangat menjaga privasi hubungannya dengan insan terdekat. 




Semoga ikatan ini bakal membawa seribu satu cahaya baru kepada pasangan ini dan kami pasti ramai peminat Taufik di luar sana sentiasa mendoakan kebahagiaan selebriti kesayangan mereka ini. Kami kongsikan beberapa keping gambar untuk anda






PEGUAM DEDAH DUIT SIMPANAN ZAMANI SLAM DI BANK LESAP

Ketika berita gembira tentang keadaan Zamani Slam yang beransur pulih ketika ini, nampaknya ada kisah lain yang menyelubungi penyanyi ini dan perkara tersebut adalah berkaitan dengan wang simpanan penyanyi ini. Berdiri atas rasa tanggungjawab, peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa simpanan penyanyi ini lesap melalui di akaun facebooknya.






Menurut daripada tinjauan kami di ruangan Facebook milik peguamnya itu, terdapat pihak yang bagaikan tidak mahu perkara ini diketengahkan malah Zaharil sendiri menyatakan bahawa kisah sebenar di sebalik isu wang itu sendiri juga adalah lebih menyedihkan. Mereka beranggapan cerita sebegini tidak patut didedahkan kepada umum kerana Zamani sendiri tidak akan menyenanginya.




Lebih mendalam lagi, melalui komen balas yang ditulis oleh peguam Zamani, dia bertindak berkenaan kerana dia menerima tohmahan yang mengatakan dia hidup di atas wang royalti Zamani. Menafikan perkara tersebut, peguamnya memberitahu bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk kebaikan anak guamnya sendiri.



IZREEN AZMINDA KINI DALAM PROSES BERTUDUNG

Satu perubahan ke arah kebaikan dan juga khabar gembira buat peminat Izreen Azminda kerana pelakon ini menjelaskan dia kini sedang membiasakan diri dengan imej bertudung yang sudah lama dihajatinya. Senang hati bila tengok ramai artis-artis kita kini berhijrah dengan kerelaan hati dan bukannya paksaan atau mengikut trend semasa.




“Saya dalam proses membiasakan diri keluar rumah dengan menutup aurat. Ia umpama tempoh serta proses percubaan buat saya untuk menjadi manusia yang lebih baik,” katanya sambil memberitahu bahawa dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta.

“Insya-Allah selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta ini saya akan nekad dengan keputusan menutup aurat sepenuhnya. Ini kerana masih ada keperluan babak yang memerlukan saya membuka tudung. Insya-Allah doakan yang baik-baik saja ya”



“Jadi saya harap penjelasan ini tidak akan menimbulkan komen sebaliknya. Saya sentiasa berdoa semoga Tuhan menguatkan hati saya untuk fasa baru ini. Niat bertudung ini sudah lama cuma kesibukan kerja membataskan,” katanya seperti dipetik dariapda Berita Harian.

Selain itu Izreen juga akan mengakui bahawa dia akan berkahwin dengan Fahrin Ahmad – di dalam drama yang dibintanginya bersama Fahrin nanti. Malah pelakon ini juga menafikan niatnya bertudung itu didorong dengan hasrat untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal bertahan.







Wednesday, April 1, 2015

MATI DIHEMPAP BATU NISAN IBU MERTUA



                                                                      Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang membantu menghiasi pusara ibu mentuanya menjelang sambutan Easter mati apabila dihempap batu nisan ibu mentuanya itu.

Penjaga Tanah Perkuburan Katolik St Joseph di bandar Throop, timur Pennsylvania, Edward Kubilas berkata, kejadian yang menimpa Stephen Woytack, 74, berlaku secara tiba-tiba.

Menurutnya, Woytack melutut membersihkan kubur berkenaan sementara isterinya mengikat salib bertentangan dengannya.

“Batu nisan itu tiba-tiba rebah dan menghempap Woytack.

“Isterinya datang mendapatkan saya. Apabila tiba, di pusara itu, saya melihat Woytack dalam keadaan yang agak teruk. Saya cuba mengalihkan batu nisan itu, tetapi tidak terdaya,” kata Kubilas.

Polis dan ambulans tiba tidak lama kemudian dan membantu mengangkat batu nisan berkenaan. Tetapi keadaan sudah terlambat untuk menyelamatkan mangsa.



BUNUH DIRI SEBAB TIADA WANG BERTUNANG


                                                                     Gambar Hiasan

Seorang pemuda di sini bertindak membunuh diri selepas terlalu kecewa kerana tidak mempunyai wang untuk melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya.

Sawaludin Siregar, 26, dijumpai mati pada pagi semalam di dalam bilik air di rumahnya di Kecamatan Siantar Martoba, di sini.

Sawaludin ditemui dalam keadaan terduduk dengan pergelangan tangan kirinya dikelar di dalam bilik air oleh ibunya sendiri.

Ibu mangsa sebelum itu berasa hairan selepas mendapati ada darah mengalir di bawah pintu bilik air yang terkunci ketika mahu mengambil air sembahyang.

Wanita berkenaan kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air dan terkejut mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.

Polis berkata, mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak selepas mengelar pergelangan tangannya dengan pisau lipat. - Agensi






40 ANAK MASIH TIDAK CUKUP




Seorang lelaki di sini dianggap sebagai bapa paling banyak zuriat di Britain apabila dia mempunyai seramai 40 anak hasil hubungannya dengan 20 wanita.

Mike Holpin, 56, berkata, dia masih mahu menambah zuriatnya walaupun sukar untuk dia mengingati nama semua anaknya.

Katanya, seramai 22 anaknya dinamakan dengan nama keluarganya manakala 18 lagi tidak berbuat demikian.

“Sebenarnya saya tidak dapat mengingati jumlah sebenar anak saya dan kemungkinan masih ramai lagi yang tidak saya ketahui,” katanya.

Menurutnya, anaknya berusia antara tiga hingga 37 tahun.

Holpin kini berusaha mencari semua anaknya dan mencacah tatu nama mereka di belakangnya sebagai cara untuk mengingati mereka.

Menurutnya, dia mempunyai ramai anak kerana sikapnya suka berfoya-foya dengan wanita dan tidak suka dengan kaedah mencegah kehamilan.

“Saya sebelum ini mengalami ketagihan alkohol yang teruk menyebabkan ramai anak saya dijaga ibu mereka atau jabatan kebajikan.

“Kini saya sudah berjaya mengatasi masalah ketagihan berkenaan dan saya berazam untuk bertemu dengan semua anak-anak saya,” jelasnya.

Kata Holpin, dia kesal kerana hubungannya dengan wanita sering berakhir dengan kegagalan kerana sikapnya yang kaki botol dan kaki perempuan.

“Akibat ketagihan dan kaki perempuan, ramai anak-anak saya terabai dan terpaksa dijaga oleh jabatan kebajikan.

“Ia membuatkan saya berasa amat teruk kerana yang menderita adalah anak-anak saya,” katanya.





(4 GAMBAR) AKSI HANEZ SURAYA DAN ANAK-ANAK TIRINYA YANG SANGAT COMEL




Berkahwin dan terus menjadi ibu kepada 2 orang anak hasil perkahwinan suaminya yang sebelum ini ternyata tidak menjadi penghalang kemesraan antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya. Comel sangat bila tengok aksi mereka main sorok-sorok belakang pintu. Memang bahagia sangat-sangat. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Hanez kerana menjadi seorang ibu yang baik. Insya Allah lepas ini boleh main dengan cahaya mata sendiri pulak. Amin.


Semoga ikatan rapat dan mesra antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya ini akan berkekalan sehingga bila-bila. Seronok tengok mereka bergelak ketawa sampai terasa nak join main sekali. Budak-budak tue memang sukalah. Ketawa je. Pandai Hanez main dengan budak-budak. Langsung tidak kekok.







WAK DOYOK BUKAN PLAYBOY, SEDANG MENGENALI HATI BUDI SESEORANG


Sesiapa di luar sana yang bercita-cita ingin mengorat Wak Doyok, silalah lupakan hasrat suci murni anda itu. Lelaki kacak berjambang ini kini dalam proses mengenali seseorang. Identiti wanita bertuah itu tidak didedahkan oleh Wak Doyok, namun mereka telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu. Tak sabar rasanya nak melihat wajah si gadis yang berjaya mencuri hati Wak Doyok. Mesti sama bergaya macam Wak Doyok.





 Apa pun Wak Doyok turut menafikan dirinya seorang playboy. Tohmahan itu dilemparkan selepas ikon fesyen tempatan ini dilihat sering bergambar terlebih mesra dengan seorang model wanita ‘mat salleh’ di laman sosialnya. Kata Wak Doyok:-
Saya bukan ‘playboy’ dan tidak pernah menggunakan populariti yang dikecapi sebagai jalan mudah mendekati mana-mana wanita. Setakat ini tak adalah orang gelar saya playboy mahupun saya guna kesempatan untuk jadi playboy. Mungkin faktor usia saya pun memang dah tak sesuai digelar playboy.
Tapi masa zaman remaja dulu adalah ramai kawan-kawan perempuan sehingga sampai satu tahap saya dilabel ‘player’ oleh rakan lelaki lain, tapi perkara itu sampai setakat itu saja. Sekarang ini sedang dalam proses mengenali hati budinya (teman istimewa)… wanita ini saya kenalinya sejak setahun lalu, apa-apa pun saya belum bersedia mendedahkan siapa wanita berkenaan.


Memang sedih apabila dihina sebegitu rupa, tapi saya tabahkan hati dan anggap masyarakat kita pada masa itu tidak boleh terima benda baharu.
Sebab kemunculan saya bukan bermula dari mana-mana platform hiburan, hanya menerusi fesyen. Jadi, bila muncul dalam dunia hiburan ia menjadi satu kejutan kepada orang lain yang mungkin tidak boleh terima orang biasa seperti saya, sampai ada yang persoalkan apa kerja saya, siapa saya dan kenapa saya boleh popular?
Walhal saya sudah lama menggerakkan dunia fesyen gaya ‘gentleman’ ini, dan atas dorongan rakan juga yang meminta saya untuk sebar luaskan fesyen ini. Apabila masyarakat mula melihat kebangkitan fesyen ‘gentleman’, mulalah timbul dengki.
Bagaimanapun, cemuhan itu tidak pernah saya simpan dalam hati kerana saya tahu siapa diri saya sebenarnya.

Semoga Wak Doyok sabar dan terus bersabar yer. Biasalah kalau dah popular memang banyak dugaannya.


AWAK NAMPAK SAIZ BUAH DADA SAYA KE?- FELIXIA YEAP

Model Felixia Yeap merasa bengang dengan beberapa komen daripada pengikutnya yang bersifat menghukum tanpa usul periksa apabila beliau berkongsi sebuah foto ketika menjalani penggambaran bersama pihak Karangkraf tahun lalu.





Tidak boleh menahan amarahnya lagi, Felixia Yeap telah membalas komen peminat tersebut yang menyatakan alangkah lebih cantik jika beliau memakai tudung yang lebih labuh sedikit.

Menyatakan bahawa tudungnya itu sudah pun menutup bahagian buah dadanya, beliau sudah pun menutup aurat dengan cara yang terbaik.


Tidak salah rasanya untuk menegur seseorang itu, tetapi mungkin ada bahasa ataupun cara yang kita harus tahu agar ia tidak menyakitkan hati mereka. Tidak dapat dinafikan, sekarang ini banyak orang yang sudah menjadi ustaz dan ustazah tidak bertauliah di Facebook.


HERO DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN SUDAH PUNYAI KEKASIH


Pasti semua sedih bila tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Untuk menambahkan lagi kesedihan anda (terutama yang perempuan), ingin  dimaklumkan yang hero drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz sudah pun mempunyai kekasih hati. Sebelum ini Ungku Ismail pernah bercinta dengan rakan artis, Zarina Zainoordin namun gagal di pertengahan jalan. Kini hati lelaki macho itu telah dimiliki oleh seorang gadis yang bekerja di luar negara.





Orang kata kalau percintaan jarak jauh (PJJ) ini memang banyak dugaannya. Lagi-lagi kalau si kekasih meletop, hensem dan kacak macam Ungku Ismail Aziz. Nasib baiklah pencuri hati Ungku Ismail seorang yang memahami. Kata Ungku Ismail:-
Hubungan kami berlangsung secara jarak jauh, tapi dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya. Bagaimanapun, hati perempuan mana yang tak cemburu terutama apabila melihat babak intin antara saya dengan Elizad dalam drama itu. Sedikit sebanyak perasaan itu ada juga padanya, tapi kerana hubungan kami berlaku secara on and off, jadi saya tidak ambil kisah sangat.

Semoga hubungan mereka ini akan terus ke jinjang pelamin. Amin.


FYNN JAMAL MOHON MAAF PADA SEMUA



Selepas kenyataan itu keluar,  haters Fynn turut menggunakan peluang tersebut untuk mengkritik cara beliau menyanyi termasuklah juga dari segi kehidupan peribadinya. Walaubagaimanapun, penyanyi tersebut tidak cepat melatah dan tidak ingin memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut malahan beliau dengan rendah diri memohon maaf kepada semua.






Terbaru, Fynn telah  memberitahu bahawa beliau akan berangkat untuk mengerjakan ibadah Umrah pada hari ini. Dikesempatan tersebut, beliau ingin memohon maaf kepada semua pihak juga telah memaafkan segala salah silap orang lain terhadap dirinya serta keluarga.
Mengambil kesempatan ini, izinkanlah saya memanjangkan salam pada semua dari kami sekeluarga. minta halal semua salah dan silap. Andai ada hutang piutang yang tidak kami sedar, lekas2lah diingatkan kepada kami. insyaAllah dalam beberapa jam ini, sempat lagi kami langsaikan. segala salah silap ke atas kami, telah kami lepaskan. kalau2 ada di bahagian kami yang masih belum sudi dimaafkan, di bila2 masa satu hari nanti, redhakanlah agar semua kita aman bila dicabut nyawa nanti.
Cita2 dunia saya adalah disolatjenazahkan di kaabah. kalaulah diizinkan yang kuasa, ketahuilah saya cukup bahagia dengan kesempatan nyawa yang dibagi, dan betapa saya berterimakasih kepada setiap kalian– yang buruk dan yang baik– kerana tidak mungkin ada satu2 kejadian itu terjadi tanpa izin ar-rahmaan. Saya manusia biasa, penuh cela, penuh dosa. apa2 dari saya, tapislah ambil yang elok dan tangguklah buang yang buruk.

 Semoga Fynn tenang menunaikan ibadah disana dan pulang ke tanah air dengan selamat. Amin.