Sarimah dulu pernah berkahwin dengan jejaka luar negara tetapi perkahwinan mereka gagal ditengah jalan. Kini Sarimah telah selamat bernikah dan menjadi isteri buat Suami tercinta merupakan cucu kerabat Negeri Sembilan. Pengantin baru, Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin
atau lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie yang baru semalam
bernikah, memilih New York, Amerika Syarikat, sebagai destinasi
percutian bulan madu mereka tidak lama lagi.
Walaupun ia bukanlah kali pertama bagi mereka dua menjejakkan kaki di
kota metropolitan tersebut, namun pasangan ini mempunyai sebab mengapa
mereka mahu kembali ke situ lebih-lebih lagi kali ini adalah atas tujuan
berbulan madu pula.
“Sebenarnya, saya pernah ke New York sebelum ini. Sewaktu kunjungan
pertama itu, saya sangat-sangat seronok dan terfikir untuk datang lagi
ke New York suatu hari nanti. Jadi apabila memikirkan destinasi honeymoon, saya terus terbayangkan New York”
“Kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman yang menyeronokkan di New
York bersama-sama Tunku Jamie. Saya mahu ajak Tunku Jamie ke Empire
State Building,” ujar Sarimah yang kepada Mangga Online. Mungkin juga mereka ingin menikmati suasana romantik berdua di sana.
Malah, Tunku Jamie juga mengakui pernah merancang membawa isterinya
berbulan madu di New York selama tiga minggu sekitar bulan Jun nanti dan
tambahnya, dia dapat merasakan bahawa percutian kali ini bakal menjadi
percutian yang paling manis buat mereka berdua.
0 comments:
Post a Comment