Wednesday, September 30, 2015

Upload Gambar Bertatu: “Itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya” – Ammar Alfian

Pelakon Ammar Alfian, 28, menafikan dia sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambarnya dengan tatu di badan di laman Instagram miliknya, semalam.

Ammar berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan hanya kerana dia tidak berbaju kerana sebelum ini ada saja selebriti yang menayangkan badan mereka.

Katanya, disebabkan dia tidak disukai segelintir pihak, maka ia sengaja diperbesarkan.



“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu.

“Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya.

“Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarlah orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya dan bukan kisah-kisah peribadi saya seperti ini,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan hasratnya untuk membuang tatu terbabit tetapi belum berkesempatan.

“Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan ada kesan parut jika saya membuangnya.

“Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai video dia mengucup bibir seorang wanita dipercayai kekasihnya di Instagram ketika bercuti di sebuah pulau, baru-baru ini, Amar berkata, perkara itu dilakukan tanpa dia berfikir mengenai kesannya.

“Saya memang tidak sengaja memuat naik video itu dan wanita itu juga bukan kekasih saya.

“Apabila ada rakan menegur mengenai video itu saya terus memadamnya. Saya mengaku saya silap dan saya mohon maaf. Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,”katanya.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan Ammar Alfian dalam keadaan tidak berbaju mengucup bibir seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Difahamkan, Ammar memuat naik video itu di Instagram semalam sebelum bertindak memadamnya beberapa jam kemudian.

Sumber : Metro




Gadis Cantik Ini Bunuh Diri Step By Step Di Instagram Kerana Putus Cinta


Dilaporkan oleh chinasmack.com, seorang gadis dengan akaun Instagram bernama @ JojoTsai1012 membuat ramai orang merasa sedih dan prihatin. Dalam Instagram tersebut, si gadis yang berasal dari negara China menghantar isyarat bahawa dirinya akan melakukan bunuh diri kerana tidak tahan dengan hidupnya selepas putus cinta dengan teman lelakinya. Siapa sangka, posting foto dan statusnya bukan hanya untuk menarik perhatian, kerana gadis ini benar-benar bunuh diri dengan melompat dari apartmen.

Beberapa posting status tulisan dalam foto-foto Instagramnya:

Ternyata semua mimpi buruk ini adalah nyata. Semua yang aku mimpikan benar-benar terjadi. Tapi ternyata aku buta dan bodoh, sampai akhirnya aku curiga dan semua sudah terlambat. Aku tidak pernah melakukan hal buruk selama hidup, namun kenapa aku hidup dalam seksaan. Hidupku sangat sengsara beberapa hari terakhir. Aku ingin melupakan semua ini, untuk mengendalikan suasana hati saya dan tidak akan menangis lagi setiap malam. Semua ini tidak adil untukku, aku sudah tidak tahan.

Dalam postnya yang lain, @ JojoTsai1012 menuliskan cerita bahawa 12 hari selepas putus, dia sudah boleh jalan-jalan dengan rakannya dan menikmati hidup seperti biasa. Dia juga bercerita bahawa bekas teman lelakinya lebih kaya dibanding dirinya, begitu tampan dan baik. Gadis iini juga bercerita bahawa ibu bekas teman lelakinya tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan tidak akan merestui perkahwinan mereka. 

"Semua ini tidak akan dapat aku lupakan, tidak akan pernah boleh, kecuali kalau aku mati." - jojotsai1012 

Demikian status patah hati dan kemurungan @ JojoTsai1012 yang terasa sudah putus asa dengan hidupnya. Dalam beberapa foto lain, @ JojoTsai1012 menuliskan isyarat dirinya akan bunuh diri.

Lihat beberapa petikan status isyarat di foto yang dia posting dalam akaun Instagram @ JojoTsai1012.

"Setelah aku mati, aku akan menghantuimu siang dan malam. Aku tidak akan pernah meninggalkanmu lagi." - jojotsai1012
XOXO Aku Mencintaimu. - jojotsai1012
"Biarlah semua terbakar, agar semua benda ini melayang seperti debu di udara" - jojotsai1012
Dalam gambar di atas, tidak ada keterangan apapun. Namun dipercayai dari tingkap inilah @ JojoTsai1012 melompat bunuh diri.

Inilah gambar yang dilaporkan dari chinasmack.com. Sungguh tragis dan menyedihkan. Salah satu akaun di Instagram dengan nama @ yin727 mengesahkan bahawa kejadian ini benar.

"Ini benar, kami tinggal di bangunan yang sama, dia meninggal Sabtu pagi (seminggu yang lalu)."

Kejadian yang sangat menyedihkan. Banyak orang menyebut peristiwa ini sebagai satu cara yang bodoh untuk menamatkan hidup. Tapi kita sendiri tidak pernah tahu seberapa dalam luka yang dialami oleh gadis cantik ini. 


Hantu Penanggal Muncul Di Miri Gemparkan Penduduk





MIRI - Beberapa hari yang lalu, warga Miri digemparkan dengan penemuan Hantu Penanggal yang berjaya ditangkap oleh orang kampung.

Norzley Ziey yang berkongsikan gambar dari Mohammad Rizal Razali itu mendakwa, Hantu Penanggal itu ditemui di sekitar kawasan Permyjaya dan Kampung Tudan.

"Awas! Di Miri sekarang ada hantu penanggal. Harap ibu-ibu yang sedang mengandung dan telah bersalin berhati-hati dan banyakkan membaca surah-surah. 

Jangan keluar malam-malam. Gambar yang saya post ini memang wujud. Hantu Penanggal ini ditangkap di Permyjaya bersama dengan seorang bayi yang menjadi makanannya. Kasihan bayi itu," kata Nozley Ziey.

Gambar-gambar yang dimuat naik pada 22 September itu mendapat 226 shares di laman Facebook.

Malangnya, dua gambar yang dimuat naik itu sebenarnya adalah gambar dari filem Penanggal, arahan Ellie Suriaty, yang ditayangkan pada tahun 2013.

Individu yang menyebarkan gambar-gambar berkenaan berniat menimbul rasa takut warga Miri. Ditambah pula dengan golongan netizen yang cepat mempercayai sesebuah berita tanpa melakukan pencarian terlebih dahulu.

Golongan yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada adalah berniat suka-suka atau inginkan perhatian dari orang ramai. Sehingga tidak menyedari apa yang dilakukan itu boleh mencetuskan kebimbangan rakyat setempat.


Nurul Pelajar (KUIN) ,6 Hari Di Kurung Jin Di Jumpai Setelah Pagar Di Buat Oleh Jin Di Robohkan


Alor Setar: Misteri kehilangan penuntut Program Asasi Pengajian Islam Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kampus Kuala Ketil, Baling, dekat sini, sejak enam hari lalu terjawab apabila dia ditemui dalam keadaan selamat di atas bumbung bangunan di kolej berkenaan , malam tadi.

Difahamkan, Nurul Nadwa Tajul Urus, 19, hilang sejak petang Rabu lalu sebelum dijumpai di atas bumbung bangunan Pusat Asasi yang terletak tidak jauh dari bangunan asrama wanita kira-kira 11.30 malam.

Dia dikatakan ditemui dalam keadaan sejadah dan al-Quran di sisinya.



Keluarga penuntut terbabit menanti kepulangan anak ketiga daripada tujuh beradik itu untuk pulang ke rumah di Padang Serai, Kulim sempena Aidiladha, namun sehingga lewat malam pada Rabu lalu, dia tidak pulang.

Berikutan itu, mereka nekad mencarinya di asrama penuntut wanita, tetapi gagal. Malah, panggilan telefon juga tidak dijawab menyebabkan keluarganya bimbang dengan keselamatannya.

Pada masa sama, kehilangan Nurul Nadwa terus menjadi misteri menyebabkan seluruh warga KUIN diarahkan solat hajat dan melakukan pencarian di sekitar kampus KUIN dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pencarian itu membuahkan hasil apabila oleh seorang pegawai kolej terbabit yang juga ustaz mendakwa melihat penuntut terbabit seperti tidak dapat melepaskan diri berikutan dikurung oleh jin dalam bilik kuliah di Pusat Asasi.



Difahamkan, tiada individu lain boleh melihat pelajar terbabit melainkan ustaz itu, selain tidak dapat merobohkan 'pagar' dibuat jin berkenaan melainkan dengan pertolongan semua pihak menerusi solat hajat dan bacaan ayat al-Quran.

Ibu Nurul Nadwa, Zunaidah Hashim, 48, berkata, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana membantu pencarian anak gadisnya yang hilang secara misteri sejak Rabu lalu.
"Saya berharap semua pihak memahami situasi ini kerana bukan kejadian jenayah dan kami tidak mahu memperbesarkan hal ini.

"Kami juga tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia adalah ketentuan Allah SWT dan bersyukur Nurul Nadwa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Sementara itu, jurucakap KUIN ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, namun pihaknya berterima kasih kepada mereka yang terbabit dalam pencarian pelajar perempuan berkenaan sambil berharap tiada pihak cuba memanjangkannya.


Tuesday, September 29, 2015

Mengejutkan....Penampakkan Ikan Duyung Diangkat Orang-orang Berpakaian Mirip Astronot Di Rakam

Mengejutkan....Penampakkan Ikan Duyung Diangkat Orang-orang Berpakaian Mirip Astronot Di Rakam




  Salah satu makhluk yang selalu jadi perdebatan adalah ikan duyung atau putri duyung.

Baru-baru ini sebuah video beredar soal putri duyung. Dalam video itu sekelompok pria mengangkat makhluk misterius yang diklaim mirip ikan duyung.

Rekaman memperlihatkan lima lelaki berpakaian serba putih mengangkat tubuh misteri dari tepi danau.

Sementara dua pria berpakaian mirip paramedis menanti tak jauh dari mereka.

Tak lama kemudian, salah satunya membantu mengangkat tubuh mirip ikan besar itu ke tandu dan pergi ke lokasi yang tak diketahui.

Rekaman misterius ini dilansir dari Mirror, Minggu (27/9/2015) terjadi di Polandia. Sayangnya, tidak ada informasi lengkap mengenai peristiwa tersebut.

Adapun video aneh itu menjadi perbincangan hangat di media sosial.


NABIL AHMAD KONGSIKAN LUAHAN YANG KINI SEDANG MENGERJAKAN HAJI



Dijemput menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah haji tahun ini anugerah terindah dalam hidup pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad. Rezeki menjejakkan kaki ke ke tanah suci Makkah tidak dipersia-siakan. Apatah lagi, ia menjadi idaman semua umat Islam.

“Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Terlalu banyak nikmat dan hikmah diberikan Allah SWT. Saya bersyukur kerana dapat mengerjakan haji pada usia muda. Terima kasih kepada sahabat saya kerana sudi bawa saya dan 20 jemaah lain. Semoga dia dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” katanya kepada Harian Metro.

Nabil memaklumkan berasa tenang apabila berada di kota Makkah sejak 19 September lalu.

 “Betul kata orang, tak ada tempat lebih tenang selain rumah Allah. Meskipun dibanjiri lautan manusia dari seluruh dunia, ketenangan tetap dirasai. Setiap kali sembahyang di Masjidil Haram, Allah saja tahu perasaan itu. Saya tak fikirkan perkara lain sebaliknya berdoa memohon keampunan daripada-Nya. Insya-Allah jika ada rezeki dan dipanjang usia, saya berazam untuk ke sini lagi (Makkah). Ikut perancangan November nanti saya mahu bawa isteri menunaikan umrah,” katanya.

Sambung Nabil, dia turut merancang menghantar ibu bapa dan mentuanya menunaikan ibadah haji tahun depan. Nabil yang dijangka pulang ke tanah air pada 30 September ini tidak mahu terlalu berbangga dengan gelaran haji kerana baginya apa yang lebih penting adalah jiwa semakin dekat de­ngan Allah.

“Sesiapa saja yang sudah menunaikan haji pasti diberikan syafaat dalam dirinya. Banyak atau sikit, pasti tuan punya badan merasainya. Kita juga tak tahu perubahan itu ketara atau tidak. Sebagai contoh, mungkin penampilan individu itu tetap sama, tetapi dia memperbanyakkan amal ibadah. Mungkin juga seseorang itu semua perkara termasuk penampilannya. Bagi saya, paling penting adalah hati lebih dekat dengan Allah,” katanya.

Jelas Nabil lagi, dia juga tidak perlu berubah secara drastik berikutan sudah menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Saya manusia biasa dan masih banyak kekurangan. Tidak semestinya pulang dari Makkah segala ilmu pengetahuan agama sudah penuh di dada. Jadi apa saya cuba lakukan adalah berubah secara perlahan-lahan. Kebanyakan manusia berubah apabila usia kian meningkat. Dan, Allah sentiasa memberi pengingatan kepada hamba-Nya,” katanya.

Soal kerjaya pula, Nabil mengakui lebih selektif dan berhati-hati.

“Saya terus mengacara dan berlakon. Tidak ada istilah bersara kerana pekerjaan saya kini juga satu ibadah. Cuma, selepas ini ada yang perlu dibataskan. Bukan bermakna dulu terlalu bebas, tetapi tidak salah jika berubah ke arah lebih positif. Bukan saja untuk diri sendiri, tetapi orang sekeliling juga,” katanya.

Sepanjang berada di Makkah, bapa kepada dua cahaya mata perempuan ini turut berdoa dikurniakan anak lelaki.


KEJAM !! Wanita Dalam Pantang Mati Dalam Keadaan TERIKAT Separuh BOGEL

 
 
PETALING JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur sebuah unit kediaman di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, sebentar tadi.

Lebih malang, mangsa ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di sebelah bayi perempuannya yang baru berusia sebulan setengah oleh suami mangsa sendiri kira-kira jam 8 malam, ketika pulang bekerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim, berkata mangsa yang berusia 23 tahun itu tidak bekerja dan baru melahirkan anak pertengahan Januari lalu, manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang elektronik di Kelana Jaya.

"Siasatan awal menunjukkan mangsa dipercayai mati akibat dicekik dan ketika ditemui, mayatnya dalam keadaan separuh bogel dari paras pinggang ke bawah.

"Anak pasangan itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan, ketika kejadian hanya pasangan anak beranak itu berada di rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, tadi.


HAMPIR SETAHUN, AKHIRNYA RANGKA MAYAT SHARIF MARZUKI DITEMUI




Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis, di sini, hari ini.

Rangka Sharif Marzuki, 28, ditemui dalam dalam lori satu tan oleh orang ramai yang kebetulan sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, pada 3.55 petang.

Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Douglas Taong, berkata berdasarkan maklumat tertera pada lori berkenaan, polis pergi ke sebuah rumah dipercayai ahli keluarga mangsa.

"Menurut ibu mangsa, Sharif sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka terputus hubungan sejak Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan mangsa. Mangsa disyaki terbabas lalu jatuh ke gaung tanpa disedari sesiapa.

"Rangka mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


(GAMBAR) TAHNIAH AKIM DAN STACY BERTUNANG

Foto pertunangan Stacy dan Akim Ahmad. Tahniah buat pasangan sweet couple ini, Akim dan juga Stacy yang dikhabarkan telah pun bertunang pada 26 September (sabtu). Majlis pertunangan mereka diadakan di Amber Hills, Taman Melawati Ampang sekitar jam 11 pagi hingga 2 petang.

Tahniah buat pasangan ini, semoga mereka cepat-cepat naik pelamin pula lepas ni. Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar sekitar pertunangan Stacy Anam dan Akim Ahmad yang diambil daripada intagram Stacy.





 




Monday, September 21, 2015

Video guru dipukul, disamun jadi viral

 
 
SEBUAH video yang memaparkan kejadian jenayah samun melibatkan seorang guru dan seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka mendapat perhatian netizen.
 
Video tersebut dikongsi Shizunu Al-Masri dilaman Facebook miliknya dan mendapat tontonan hampir 13 ribu tontonan dan 507 perkongsian. 
 
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memasuki kedai berkenaan sambil memegang kayu.
 
Suspek kemudiannya terus menghampiri mangsa yang berada di kaunter pembayaran kedai berkenaan dan cuba merampas dompet mangsa.
 
Wanita tersebut enggan menyerahkan wang kepada mangsa dan berlaku pergelutan diantara keduanya. 
 
Suspek dilihat menyerang mangsa dengan kayu sambil merampas wang milik mangsa sebelum melarikan diri. 
 
Nitezen mengutuk perbuatan lelaki berkenaan dan menyeru pemasangan sistem keselamatan di premis seperti 7E dan stesen minyak.
 
Md Rafizi Misman berkata, sepatutnya premis- premis seperti 7E dan stesen minyak perlu ada sistem keselamatan (alarm) misalnya. 
 
Pendekar Tanpa Nama Patut pula berkata, perlunya ada polis atau pengawal yang bersenjata di dalam premis 24 jam.
 
"Perlu ada pistol atau senapang..pekerja diberi latihan menembak... kalau tidak mahu ..upah la pengawal keselamatan... hanya cadangan," kata Asri EVideo. 
 
Zainab Ibrahim pula mencadangkan supaya Kedai 24 jam perlu ada pengawal bersenjata atau polis bantuan, sebab dah banyak kes samun berlaku atau tidak akan lebih kerap menjadi sasaran penyamun yang dah terdesak.
 
"Kedai 24jam memang patut ade sistem keselamatan yang ketat dan tempat yang sesuai untuk wujudkan 7E, rasanya 7E dah banyak kes macam ni. Kesian pekerja dan pelanggan. Selain faktor 24jam, faktor premis niaga pun berkaitan. Kadang-kadang ada 7E di tempat yang sunyi. Harap pihak berkaitan amik berat kes seperti ini,' kata Che NaDh.
 
Dalam kejadian itu, Nurulfida Maulad Mohd Salleh, 29, guru sandaran Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pagoh terpaksa menerima enam jahitan di kepala akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki ketika membeli makanan di sebuah kedai serbaneka di Pekan Pagoh,  semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Nurulfida Maulad Mohd Salleh, 29, diserang dan dipukul oleh penjenayah terbabit apabila melawan kerana mahu menyelamatkan dompetnya daripada dirampas suspek.


Subhanallah Indahnya Ucapan Ini "Di dunia mungkin saya boleh lari, akhirat"?




KATA-KATA yang diungkapkan oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang potong rumput apabila tanpa sengaja memecahkan cermin sebuah kereta begitu menyentuh hati.

Pemilik kenderaan yang berang dengan insiden itu terus mencari siapakah gerangan yang menyebabkan cermin keretanya pecah.

Namun dia kemudiannya terkedu dengan pengakuan tukang potong rumput dari etnik Rohingya itu yang sanggup membayar kos menggantikan cermin kereta tersebut walaupun bosnya sedia berbuat demikian.

"Dia kata kalau saya buat, biar saya yang ganti. Kalau saya lari sekarang belum tentu di akhirat saya dapat lari. Allahurabbi," kongsi pemilik akaun Facebook, Mizi Lalang.

Menurut Mizi, apa yang menyentuh perasaannya, lelaki itu turut menceritakan mengenai negaranya yang bergolak tetapi dalam masa yang sama dia turut mengingatkan tentang akhirat dan kematian.

Tambah Mizi lagi, kisah ini turut memberi peringatan supaya jangan pandang remeh terhadap orang lain yang zahir nampak tiada apa-apa tapi dia jujur demi rezekinya dan mungkin mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sikap jujur yang ditunjukkan lelaki berkenaan.

"MasyaALLAH jujurnya dia," tulis Abdullah Zawawi Abdul Hamid

"Bukan sahaja rezekinya murah. Kita doakan negara mereka aman makmur dan mereka dapat hidup sempurna di negara mereka sendiri. Amin," tulis Man Ghazali Rais pula.


Jangan Bongkak, Tuhan Ambil Balik Sekejap Saja

 
 
BAGAIKAN sudah tiada bahan jenaka lain apabila seorang pelayar laman sosial menangkap foto pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah restoran makanan segera dan mentertawakannya kerana menggunakan motorsikal.
 
"Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia," kata pelayar tersebut dalam sebuah perkongsian yang dikongsi hampir 1,500 pelayar lain di Facebook.
 
"Ini drive-thru bukan ride-thru," katanya lagi beserta foto pasangan lelaki dan wanita yang beratur untuk memesan makanan yang diambil dari dalam sebuah kereta.
 
Perkongian tersebut bagaimanapun disambut dengan kecaman pelayar lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan kritikannya terhadap penunggang motorsikal tersebut menggunakan servis berkenaan.
 
"Baru keluar gua ke perempuan ni?" kata Ahmad.
 
"Aku selalu je pergi (pandu-lalu) naik motorsikal," kata Shinju.
 
"Jangan bongkak, jangan sombong. Tuhan boleh ambil semuanya dengan sekejap aje," kata Greg.
 
"Jangan hina orang.. Kesenangan di dunia ni hanya pinjaman. Jangan bongkak dan angkuh. Hidup ni macam roda," kata Zuan.


Pekerja Hospital Kantoi Mandi Dalam Periuk

 
  
SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang pekerja hospital mandi di dalam periuk yang digunakan untuk memasak kepada pesakit di hospital berkenaan tersebar di laman sosial.

Video menunjukkan, pekerja yang masih memakai uniform hospital duduk di dalam sebuah periuk besar sementara salah seorang pekerja yang lain menuang air ke kepalanya menggunakan jag plastik.

Turut kedengaran suara ketawa dia dan beberapa orang yang berada dikelilingnya.

Kejadian dipercayai berlaku di Hospital Traumatology dan Orthropedics, Puebla, tengah Mexico.

Video tersebut dikongsi oleh pengguna laman sosial dan kini video yang berdurasi 30 saat itu, di tonton hampir 87,000 tontonan di Facebook.

Memetik laporan Mirror.uk, Instititut Keselamatan Sosial Mexico sedang menyiasat insiden tersebut.


Pemilik Mercedes Berang, ‘BELASAH’ Kereta Sendiri




BENGANG akibat enjin kereta mewahnya asyik terhenti sendiri, seorang pemilik Mercedes Benz S63 AMG dirakam 'membelasah' keretanya dengan kayu golf.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Guangzhou, China.

Menurut laporan 9News Australia, kereta lelaki berkenaan mengalami gejala enjin terhenti secara tiba-tiba semasa memandu sebanyak beberapa kali.

Tidak puas hati, lelaki berkenaan meminta supaya keretanya ditukarkan kepada yang baru dan jenis yang sama daripada syarikat penjual kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak syarikat enggan menggantikannya.

Lelaki tersebut kemudian menggunakan sebatang kayu gold dan mula memukul keretanya sehingga remuk dan pecah di hadapan syarikat penjualan kereta tersebut.

Kejadian tersebut dirakam orang awam yang kemudiannya menjadi viral di laman Facebook, semalam.


Siapa Lelaki Disebalik Fesyen Pelik Yang Kini Menjadi Viral



BEBERAPA bulan lalu, media sosial dipenuhi dengan koleksi fesyen pelik yang digayakan seorang remaja lelaki menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti jaring, ranting kayu, bunga, raga dan pelbagai bahan lain.

Apichet "Madaew" Atilanttana, 16, pelajar sekolah tinggi dari Khon Kaen, Thailand menghasilkan rekaan inovatif dengan menggunakan bahan-bahan seperti tumbuh-tumbuhan, binatang dan elemen organik yang lain.

Memetik laman web Upworthy, rekaan pakaian unik yang direkanya ini akan digayakan sendiri olehnya.


Walaupun dianggap sesuatu yang ‘gila’ oleh netizen, namun minat Apichet mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarganya.

Malah, keluarganya turut sama membantunya mengayakan setiap rekaannya.

Menurut Apichet hanya menyunting gambarnya hanya menggunakan telefon bimbitnya kerana dia tidak mempunyai komputer.

Kesemua karyanya kini dikongsi melalui laman Instagram dan Facebook malah dia kini mempunyai 185,000 pengikut.
 


SALAH SIAPA INI?? KANAK-KANAK DITEMUI TANPA PAKAIAN, MAKANAN



SHAH ALAM - Seorang budak perempuan berusia dua tahun dijumpai ditinggalkan ibu bapanya tanpa pakaian dan makanan di sebuah rumah di Sungai Buloh, Selangor.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus, keliru dan lemah akibat malnutrisi, lapor sebuah portal.

Laporan itu dibuat Pengasas Community Policing, Kuan Chee Heng di laman Facebooknya.

Menurut Chee Heng, mereka sedang mencari ibu kepada budak perempuan berkenaan untuk memberi bantuan.

Wanita didakwa meninggalkan anaknya itu bersama adiknya berusia 14 tahun yang turut mempunyai masalah kesihatan mental.

Setakat ini tiada khabar terbaru daripada ibu budak perempuan tersebut.

Chee Heng yang juga seorang bekas anggota polis memberitahu, buat sementara ini budak perempuan itu sedang dijaga moyang saudaranya.

Community Policing ataupun Cops merupakan badan bebas yang ditubuhkan untuk memerangi gejala sosial selain bekerjasama rapat dengan polis bagi mencegah jenayah.


Video Beri Kanak-Kanak Hisap Vape Dikecam !!



SHAH ALAM - Tindakan seorang wanita memberi beberapa orang kanak-kanak menghisap rokok elektronik atau vape dikecam netizen hari ini.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang wanita pada mulanya menghisap vape dan kemudiaan memberikan kepada seorang kanak - kanak perempuan dan dua orang kanak - kanak lelaki.

Wanita tersebut dikatakan memuatnaik sendiri video berkenaan dan identiti warganegara pelaku masih belum diketahui.

Tindakan wanita itu dikecam netizen dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Ijhanmaxim Bro menulis aku pun vapers gak, tapi agak-agak nak bagi anak sendri cuba.

"Kesian budak kecik ni," tulis Iman Niniey
Artikel Berkai


Sunday, September 20, 2015

MENGALIR AIR MATA DOKTOR YANG MERAKAM GAMBAR INI

Kisah anak kecil bersusah payah pergi menjaga solatnya di sebuah hospital
 
 

Di sebuah hospital di Arab Saudi, seorang Doktor Pakar mengambil gambar ini. "Hatiku begitu terusik melihat pemandangan ini dan aku pun mengambil foto, " kata doktor tersebut.
 

Ketika itu bulan Ramadhan , seorang budak lelaki berusia 9 tahun dengan seluruh alat bantuan yg masih dilekat ditubuhnya, bersusah payah menuju Musolla hospital tersebut untuk melaksanakan Tarawih..
Dia berjuang untuk berada di saf pertama dan memilih untuk berada paling hujung saf supaya peralatan bantuan medicalnya tidak mengganggu jamaah yg lain.
Doktor itu memberitahu lagi, "Selesai Solat Tarawih, akupun menghampiri kanak2 itu ,bertanyakan keadaannya dan dia menjawab,... "Alhamdulillah saya baik2 saja.."
"Tadi saya mengambil fotomu ketika engkau solat" kata Dr itu sambil menunjukkan foto di hpnya.. Anak kecil itu tersenyum memandang foto tersebut..
Kata Dr itu lagi, "Aku akan mengupload foto ini ke internet agar ramai mendoakan utk kesembuhanmu, apa pendapatmu nak..??"
Jawab anak kecil itu, "Bukan hanya mendoakanku akan tetapi mendoakan seluruh kaum muslimin yg sakit sepertiku.."
Jawapan anak kecil itu membuat Dr tersebut tidak mampu menahan dirinya utk menangis. Akhirnya Dr itu tersedu sedu menangis seperti anak2 kecil.
"Sungguh mulia hatinya, bukan sahaja menjaga solatnya tetapi tidak lupa menyuruh mendoakan pesakit lain sepertinya. Bergembiralah kau nak" kata Dr tersebut sambil membelai kepala anak kecil itu.
Sungguh menggetarkan hati, kusyuknya si anak kecil ini dlm solatnya. Dlm menahan kesakitan yg ditanggungnya, dgn belitan peralatan bantuan ditubuh, dia tidak merungut atau memberi alasan utk tidak bersolat.
Bagaimana dgn kita..?? Yg sering mengeluh..?? Semoga kita mampu mengambil pengajaran darinya. Dan marilah kita mendoakan anak kecil ini semoga dia sembuh dan tetap Istiqamah dlm keImanannya, Aamin.


Saturday, September 19, 2015

Nenek Tua Gatal Di China Jadi Viral

Nenek Tua Gatal Di China Jadi Viral



RAKAMAN video menunjukkan nenek itu cuba mencium budak lelaki. -

Beijing: Satu rakaman video yang memaparkan seorang nenek cuba mencium bibir 

seorang budak lelaki kini viral di laman sosial di China. 
 

Aksi nenek yang gatal itu dilaporkan dirakam kamera keselamatan di dalam lif di sebuah 

kediaman di China. 
 

Menurut portal berita Sina News, budak lelaki berkenaan masuk ke dalam lif itu bersama 

seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 70-an. Ketika di dalam lif, wanita itu tiba-tiba 

dilihat menghampiri budak lelaki berkenaan dan terus mencium bibirnya. 
 

Budak itu yang terkejut dengan tindakan berkenaan cuba menjauhkan diri, tetapi wanita itu terus menghampirinya. 
 

Wanita berkenaan beberapa kali dilihat cuba memeluk dan mencium budak lelaki itu. 
 

Kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu, budak lelaki itu kemudiannya menolaknya 

dengan kuat sebelum keluar dari lif. 
 

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang menggelar wanita itu 

sebagai nenek yang gatal.
 

 “Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata seorang pengguna. -