SEBUAH video yang memaparkan kejadian jenayah samun
melibatkan seorang guru dan seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka
mendapat perhatian netizen.
Video tersebut dikongsi Shizunu Al-Masri dilaman Facebook miliknya dan
mendapat tontonan hampir 13 ribu tontonan dan 507 perkongsian.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memasuki kedai berkenaan sambil memegang kayu.
Suspek kemudiannya terus menghampiri mangsa yang berada di kaunter pembayaran kedai berkenaan dan cuba merampas dompet mangsa.
Wanita tersebut enggan menyerahkan wang kepada mangsa dan berlaku pergelutan diantara keduanya.
Suspek dilihat menyerang mangsa dengan kayu sambil merampas wang milik mangsa sebelum melarikan diri.
Nitezen mengutuk perbuatan lelaki berkenaan dan menyeru pemasangan sistem keselamatan di premis seperti 7E dan stesen minyak.
Md Rafizi Misman berkata, sepatutnya premis- premis seperti 7E dan
stesen minyak perlu ada sistem keselamatan (alarm) misalnya.
Pendekar Tanpa Nama Patut pula berkata, perlunya ada polis atau pengawal yang bersenjata di dalam premis 24 jam.
"Perlu ada pistol atau senapang..pekerja diberi latihan menembak...
kalau tidak mahu ..upah la pengawal keselamatan... hanya cadangan," kata
Asri EVideo.
Zainab Ibrahim pula mencadangkan supaya Kedai 24 jam perlu ada pengawal
bersenjata atau polis bantuan, sebab dah banyak kes samun berlaku atau
tidak akan lebih kerap menjadi sasaran penyamun yang dah terdesak.
"Kedai 24jam memang patut ade sistem keselamatan yang ketat dan tempat
yang sesuai untuk wujudkan 7E, rasanya 7E dah banyak kes macam ni.
Kesian pekerja dan pelanggan. Selain faktor 24jam, faktor premis niaga
pun berkaitan. Kadang-kadang ada 7E di tempat yang sunyi. Harap pihak
berkaitan amik berat kes seperti ini,' kata Che NaDh.
Dalam kejadian itu, Nurulfida Maulad Mohd Salleh, 29, guru sandaran
Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pagoh terpaksa menerima enam jahitan di
kepala akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki ketika membeli
makanan di sebuah kedai serbaneka di Pekan Pagoh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Nurulfida Maulad Mohd
Salleh, 29, diserang dan dipukul oleh penjenayah terbabit apabila
melawan kerana mahu menyelamatkan dompetnya daripada dirampas suspek.
0 comments:
Post a Comment