Monday, August 31, 2015

Lelaki Ini Dedah Sikap Sebenar Remy Ishak Yang Membuatkannya Sangat Terharu

Kerana kejujuran yang dilakukan oleh pelakon Remy Ishak kepadanya seorang peminat lelaki menggunakan nama Loqman Hakim telah memuatnaik sekeping gambar dia bersama aktor berkenaan dengan ucapan terima kasih.



Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah tertinggal beg di sebuah restoran dan yang mengejutkannya beg tersebut dijumpai oleh Remy dan pelakon berkenaan memulangkan kembali berg berkenaan kepadanya.


Berikut adalah tulisan lelaki berkenaan di laman Facebook miliknya.



Dalam tulisan berkenaan beliau mengucapkan terima kasih kepada Remy dan rakan-rakan pelakon berkenaan kerana baik hati dan bersikap jujur memulangkan begnya.

Diharap sikap terpuji Remy ini menjadi contoh kepada orang lain, inilah contoh ikutan yang sesuai dari seorang artis yang dikenali ramai. 


Wanita 32 Tahun Maut Selepas Kepala Bayi Tertinggal Dalam Rahim

Wanita 32 Tahun Maut Selepas Kepala Bayi Tertinggal Dalam Rahim | Seorang wanita dilaporkan maut selepas kecuaian doktor meninggalkan kepala bayi yang dilahirkannya di dalam rahim selepas menarik menarik keluar bayi itu ketika proses bersalin.



Wanita 32 Tahun Maut Selepas Kepala Bayi Tertinggal Dalam Rahim

Wanita itu, Geeta Devi, 32, dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh, utara India Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan kerana hendak bersalin.

Bagaimanapun, dia mati beberapa jam kemudian selepas doktor menarik bayi perempuan yang dilahirkannya hingga menyebabkan kepala bayi itu terputus di dalam rahimnya.

Lebih buruk lagi, Geeta dibiarkan kesakitan dan dihantar ke sebuah hospital lain dengan kepala bayinya masih di dalam rahimnya.

Ketika di hospital Bareilly, doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi itu, tetapi gagal menyelamatkan nyawa wanita berkenaan.


Subhanallah! - Bapa Liwat Bayi Berusia 23 Hari Kerana Isteri Tak Mampu Layan Tuntutan Nafsunya

Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak s3ksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.



Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.

“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan s3ks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.

Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.

Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. 



Pramugari MAS maut dilihat menangis sebelum jatuh tingkat 4

Polis tidak menolak kemungkinan kematian seorang wanita yang ditemui berlumuran darah di bawah Apartment Green Avanue Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang semalam berpunca daripada bunuh diri.



Mayat mangsa, Chong Nyuk Moi, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh beberapa penduduk di situ pada jam 6.25 petang semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan itu pada jam 6.28 petang.

Katanya, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil.



"Mangsa yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia jatuh.

"Tiada saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar jam 6.30 petang semalam," katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, polis turut menemubual seorang rakan mangsa yang tinggal serumah, tetapi tidak sedar kejadian itu berlaku kerana sedang tidur di bilik berasingan.

Bagaimanapun, katanya, rakan itu memberitahu pada awal pagi kejadian, mangsa dilihat menangis seorang diri di bilik tidurnya, tetapi tidak mengetahui punca yang berlaku.

"Namun, anggota polis menjumpai nota kecil yang diconteng dengan perkataan yang disyaki untuk membunuh diri terletak di atas katil dalam bilik tidur mangsa.

"Keadaan bilik mangsa tidak berselerak dan dompetnya juga masih berada di atas katil serta tingkap bilik tidur telah terbuka dan konsisten dengan tempat mangsa jatuh," katanya.

Siasatan juga katanya, mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai bertindak terjun keluar melalui tingkap bilik untuk membunuh diri.

Mayat Nyuk Moi kemudian di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. - R.I.P Credit MalaysiaGazette 



Isteri Durjana Kantoi Buat Projek Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Bermain Futsal

BESUT – Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.



Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurut sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.



Suami Durjana! Isteri Dalam Pantang Di Tendang Oleh Suami Hingga Pengsan Selama 1jam

“Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.




Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan. 

Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. 

Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan. 

“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.



Gambar Bayi Yang Lahir Dari Hasil Hubungan Intim Dengam Mayat Pelik,aneh dan hampir mustahil bila dipikirkan dengan secara normal akal manusia,bolehkan mayat menghasilkan sperma? inilah yang berlaku di myanmar


Di fahamkan lahirnya seorang anak yang terhasil dari hubungan seks seorang wanita dengan suaminya yang sudah meninggal .

Setahun yang lepas

Sejurus suaminya itu meninggal si isteri segera memanggil tukang awet untuk mengawetkan mayat suaminya itu.isteri yang berharap akan mendapat keturunan dari suaminya dari pada sisa sisa air mani si mayat.kemudian dengan segera si isteri melakukan hubungan intim dengan mayat suaminya itu.




Setelah setahun alangkah terkejutnya si isteri dengan keluarganya apabila di khabarkan dia mengandung kemudian berjaya melahirkan anak yang di dakwa hasil dari pada hubungan seks dengan mayat suaminya.


Lebih mengejutkan penduduk setempat apabila wajah bayi itu lain dari pada yang lain,penduduk tempatan memanggil bayi ini dengan nama "angkaupuk" (pontianak) sebagaimana yang sumber katakan. 


Ibu Tunduk Menangis Kutip Cebisan Daging Dan Otak Anak Digilis Lori




Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi semalam, mangsa hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat.. 

Kemalangan di Taman Sri Nanding itu telah meragut nyawa Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15 dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Ibu mangsa yang berkerja sebagai jururawat mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpul cebisan mayat anaknya.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi sebagai kerja sambilan untuk mencari duit poket sempena musim cuti sekolah. 


Pendakwah Terkenal, Ustaz Sharhan Kena Waran Tangkap

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan waran tangkap terhadap pasangannya, Umi Masjuri Hassan, 40, dan penjamin mereka, Mohd. Zainu­ddin Abdul Ya­min, 45, yang juga gagal hadir pada prosiding bagi sebutan per­tama kes itu.



Mohd. Amran mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan Pendakwa Syarie daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zainor Rashid Hassin yang memberitahu mahkamah, pihaknya telah menghubungi kedua-dua tertuduh untuk mengingatkan mereka tentang tarikh sebutan hari ini.

“Sikap kedua-dua tertuduh amat mendukacitakan kami, malah tertuduh ketiga, Masbellinda yang hadir di mahkamah hari ini juga tidak mengetahui di mana kedua-dua tertuduh berkenaan,” ujarnya.

Pada prosiding tersebut, Masbellinda, 21, yang merupakan adik Umi Masjuri mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Sharhan, 39, di sebuah apartmen di Taman Keramat Wangsa di sini pada pukul 2.55 pagi, 24 Ogos 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, Mohd. Amran tidak merekodkan pengakuan itu setelah memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Ini kerana, katanya, beliau merupakan hakim yang mendengar kes pengesahan perkahwinan antara Sharhan dan Umi Masjuri yang berlangsung semalam.

“Adalah wajar kes ini didengar di hadapan hakim lain supaya tidak timbul prejudis terhadap pihak-pihak yang terlibat malah tarikh kejadian dan pertuduhan ada kaitan dengan kes semalam yang mungkin akan menimbulkan subjudis (kacau ganggu kes yang belum diselesaikan) kepada kes,’’ ujar beliau.

Namun begitu, beliau membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang turut diwakili Pendakwa Syarie, Mohd. Ihsan Mohamad Daud agar Masbellinda diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes. Sharhan atau dikenali sebagai Ustaz Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di program popular Tanyalah Ustaz di stesen TV9.- UTUSAN ONLINE



Akibat Ketagih Air Berkarbonat, Remaja Menderita Sehingga Kurus Kering



Malah, Khairul Helmi Roslan yang baru berumur 25 tahun itu juga menderita penyakit berkenaan hanya kerana kegemarannya me­minum air berkarbonat sehingga menyebabkan dia kini kurus kering dengan berat badan hanya 36 kg.

Penyusutan mendadak berat badannya itu juga menyebabkan tiada lagi keceriaan pada wajah Khairul Helmi yang kini terpaksa menumpang kasih adik perem­puannya di Kampung Tok Panjang, dekat sini sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu, selera makannya mula berkurangan dan berat badannya juga menyusut sehingga kurus kering.

Malah keadaannya amat menyedihkan kerana kadang-kala hanya mampu terlantar di rumah akibat penyakitnya itu dan terpaksa dipapah oleh adiknya, Nurul Athirah, 24.

“Dulu badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikate­gorikan berbadan besar tapi sihat dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.

“Namun segalanya berubah pada 2012 apabila saya disahkan menghidap diabetes yang kronik menyebabkan berat badan menyusut serta kini hanya mampu terlantar di rumah dan dijaga oleh adik perempuan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


(3 GAMBAR) Mayat Lelaki Dibunuh Dan Disimen Di Dalam Tong



Akibat yang sangat buruk rupanya menimpa lelaki-malang ini.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu di suatu tempat di Mexico dalam sebuah pertengkaran yang berlaku, menyebabkan lelaki ini mengalami kematian yang sangat tragis.

Tubuhnya di masukkan ke dalam tong kemudian di tutup menggunakan simen, tidak di peroleh maklumat yang jelas apabila lelaki ini disimen dalam keadaan hidup atau mati.

Sebuah jalan kematian yang sangat naif di mana orang meninggal pada saat dia berbuat jahat.Gambar mengerikan, tidak sesuai untuk orang yang sensitif.






Perkahwinan kanak-kanak jadi viral di laman media sosial



Gambar seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengahwini budak perempuan 10 tahun di Iran menjadi viral di laman media sosial. Pasangan itu yang masih bawah umur sah mengikut undang-undang negara berkenaan, dilaporkan bernikah pada 14 Ogos lalu selepas mendapat izin pihak berkuasa.
Pengantin lelaki memakai sut kelabu manakala isterinya berbaju gaun putih tradisional. Keluarga mereka turut dilihat dalam gambar berkenaan. Iran membolehkan budak perempuan berkahwin semuda usia 13 tahun asalkan mendapat kebenaran ayah mereka, manakala lelaki pula pada umur 15 tahun. -AP


Lelaki campak 2 beg mengandungi sisa mayat wanita dan budak perempuan



Seorang lelaki direman 12 hari selepas dilihat mencampak dua beg mengandungi sisa mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia enam tahun ke sungai Ganges. Samaresh Sarkar, 45, yang juga pengurus bank ditahan di Sheoraphuli selepas mendakwa wanita berkenaan membunuh anak perempuannya sebelum membunuh diri. Menurutnya, dia cuba menghapuskan bahan bukti kerana bimbang dikaitkan dengan kes itu.

Samaresh ditangkap penumpang feri dinaikinya selepas sempat mencampakkan satu beg ke dalam sungai dari kapal itu. Sehubungan itu, satu beg ditemui dan polis kini berusaha mencari beg kedua yang sempat dicampakkan itu. Samaresh kini disiasat bagi tuduhan bunuh. Polis mendapati Samaresh yang sudah beristeri mempunyai hubungan sulit dengan mangsa, Sucheta Chakraborty, 34.

Samaresh dipercayai membunuh wanita itu dan anaknya selepas kekasihnya mendesak mahu berkahwin. Polis membawa suspek ke rumah mangsa untuk siasatan, namun tidak dapat memasuki kediaman itu disebabkan penduduk di situ berhimpun dan mendesak Samaresh diserahkan kepada mereka untuk ‘dijatuhkan hukuman.’ -AP


Friday, August 28, 2015

Kutu Rayau Simbah Minyak Panas Ke Badan Pekerja Restoran



Seorang kutu rayau yang bengang selepas tidak diberikan makanan, bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur membuatkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang dikenali Sofea Batrisyya yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.

Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun tersebut dikatakan telah meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dipedulikannya.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya berang kerana permintaannya tidak dihiraukan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.


BAPA JADIKAN ANAK SULUNG SENDIRI PEMUAS NAFSU SEJAK DARJAH EMPAT


BAPA JADIKAN ANAK SULUNG SENDIRI PEMUAS NAFSU SEKSNYA SEJAK DARJAH EMPAT | KUALA TERENGGANU – Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.


Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.


“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.


“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.


Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.


“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.


Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.


“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.


“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.


Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.


Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.


Memalukan, Gadis Melayu Liar Kongsi Gambar Bogel Dilaman Sosial

Dayang norrin,gadis melayu yang popular melalui beberapa gambar dengan sorang lelaki (kekasih yang di muat naik melalui ekaun media sosial kini telah tersebar melalui facebook, selain dari pada itu Dayang norrin juga mengongsikan gambar yang menampakkan beberapa bagian bentuk badannya.

Menurut sumber berdasarkan gambar Dayang norrin sememangnya adalah seorang gadis melayu tulen.


Ekoran kongsian gambar itu,natizen turut mengecam Dayang norrin dikatakan telah memalukan wanita melayu, pun begitu si pemilik gambar seolah tidak mengambil peduli dengan apa yang orang ramai katakan padanya.

Bila perkara sebegini berlaku,hilang maruah diri sebagai wanita melayu,gambar yang cukup mengejutkan sebenarnya,adakah ini hanya untuk mengambil populariti diri?



Sememangnya agak popular di instagram dengan kehidupan bebasnya,luluh hati ibu bapa apbila anak melihat perangai anak sebegini.

'depan bapak dia mungkin  belakon baik,belakang dia buat taik buat malu jew,' komen seorang pengikutnya.




KEPALA TUTUP TUBUH TERDEDAH DEMI MELEPASKAN RINDU SI KEKASIH DURJANA

Butterworth: Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar bogel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.

Bukan saja gambar, malah video aksi ghairah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiar laman web lucah.



Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video ghairah atau bogel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.

Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.

Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin.


Kecoh Bila Mayat Menjerit Minta Tolong Dari Dalam Kubur Sedangkan Doktor Telah Mengesahkan Kematiannya

SEBUAH keluarga di La Entrada, yang terletak di barat Honduras terpaksa memecahkan tembok konkrit yang mengandungi keranda seorang gadis selepas mereka mendakwa mendengar jeritan suara meminta tolong dari dalam kuburnya.

Anggota keluarga Neysi Perez, 16, kemudiannya mendapati cermin yang menutupi keranda itu telah pecah manakala jari-jarin gadis itu pula lebam.

Bagaimanapun pegawai perubatan yang memeriksa mayat Perez, yang sedang mengandung tiga bulan itu, tidak menemui petunjuk bahawa dia masih hidup, lalu mayat itu dikebumikan semula di dalam kubur yang sama.

Perez dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu baju yang dipakainya ketika berkahwin dengan Rudy Gonzales.

Remaja itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam.

Dia dipercayai pengsan akibat serangan panik setelah mendengar bunyi tembakan.

Namun apabila remaja itu mula mengeluarkan buih dari mulutnya, ibu bapanya kemudian memanggil paderi yang percaya bahawa Perez telah dirasuk syaitan.

Paderi itu cuba memulihkan Perez namun selepas gagal, barulah keluarganya menghantar gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam kemudian.

Menurut Gonzales, ketika melawat kubur isterinya, dia mendengar bunyi hentakan dan jeritan dari dalam kubur yang dibina daripada batu konkrit tersebut.

“Apabila saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.

“Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,” katanya yang menaruh harapan tinggi bahawa isterinya itu masih hidup.

Dalam pada itu doktor yang mengesahkan kematian Perez iaitu Dr. Claudia Lopez berkata, seluruh keluarga tersebut dalam keadaan kelam kabut, hampir memecahkan pintu ketika mereka membawa mayat gadis berkenaan dalam kerandanya ke hospital.

“Saya menyuruh mereka mengangkat gadis itu dan meletakkannya di atas katil dan disebabkan mereka mendakwa dia masih hidup, saya telah melakukan pemeriksaan yang sepatutnya.

“Kami telah membuat penilaian dan melakukan segalanya namun gadis itu telah meninggal dunia. Mereka kemudiannya telah membawanya pulang ke kubur terbabit,” katanya. 


Laman Facebook Pekerja Taska Gelar Kanak-Kanak Sebagai Monyet Jawab Balik Serangan Netizen!!

Hari ini kecoh di laman sosial seorang gadis yang didakwa pekerja taska telah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sekeping gambar kanak-kanak ke laman Wechatnya dan menggelar kanak-kanak berkenaan sebagai monyet,

Selain itu dia juga menggelarkan ibu kanak-kanak berkenaan sebagai acah bagus dan menyamakan dengan babi.



"Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus, suruh pantau anak yang macam monyet ini. Pergi taska sudahlah tak mandi. Lepas itu minum nak kena bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. B*bi tak mampu ke mak kau? Eh s***lah," katanya.

Kerana status berkenaan laman Facebook gadis berkenaan telah menerima 'serangan' teruk daripada netizens di mana kebanyakkannya mengeji sikap gadis berkenaan.



Dia bagaimanapun tampil melalui sebuah status yang mengatakan manusia suka membesarkan perkara kecil sedangkan mengatakan perkara itu adalah biasa baginya kerana dia memang mulut laser.



MAKIN MENGGILA !! Zara Tunjuk Bukti Gambar Dato’ Tidur Dengannya

MAKIN gila! itu ayat paling sesuai  untuk menggambarkan pelacur kelas atasan yang menggelar dirinya sebagai Zara XXX ini.

Apa tidaknya, gara-gara berang dituduh menfitnah selepas menyebarkan gambar seorang pelanggan yang dikenali sebagai Dato’ Y, Zara memilih untuk mengambil tindakan lebih ekstrem.



Tidak gentar dengan akibatnya kelak, Zara sekali lagi dilihat menyebarkan gambar Dato’ Y namun edisi lebih mengejutkan di mana Zara merakam aksi Dato’ Y yang sedang enak tidur setelah mendapatkan perkhidmatannya dipercayai di sebuah hotel mewah.

Menurutnya, beberapa gambar itu adalah ‘bukti paling kukuh’ bagi menutup mulut-mulut orang ramai yang mempertikaikan pendedahannya selama ini.

“Memandangkan ramai yang tak caya.. kononnya Zara fitnah Dato Y (bukan ustaz ya, ni individu berbeza).. Ni haaa Zara bagi bukti lagi masa dia tidur dengan Zara,” tulisnya menerusi laman Facebook Zara Black Book II.



Dalam pada itu, Zara sempat mengugut Dato’ Y di akhir status, meminta pelanggannya itu melunaskan baki hutang selepas mendapatkan perkhidmatan seksnya yang bernilai RM10, 000.

Tidak tahu apa yang ada dibenak fikiran wanita ini tapi dia sememangnya berani dan tidak kisah melondehkan aib pelanggan demi mendapatkan hutang tertunggak.

Senang cakap, demi duit wanita ini sanggup melakukan apa sahaja!

Bukti paling jelas, dia tidak habis-habis mempromosikan perkhidmatan seksnya secara terang-terangan dan menyebarkan pelbagai gambar lucahnya bagi menarik pelanggan.

Paling menyedihkan, jabatan agama masih terus berdiam diri membiarkan Zara bermaharajalela sebagai ‘pelacur popular’ tanpa mengambil sebarang tindakan.


Apa Nak Jadi !! Perbualan ‘Horny’ Selebriti Wanita Popular Dengan Lelaki Misteri Tersebar?

Dalam dunia yang serba canggih ini, macam-macam boleh dilakukan. Kadang-kadang pun seram melihat kecanggihan teknologi ni. Bukan apa, sejak dua menjak ni, banyak sangat benda tak berapa elok tersebar di media-media sosial.

Hmm, inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang dipercayai merupakan selebriti popular tanah air. Kalau korang nak tahu, foto, screenshot whatsapps dan audio rakaman selebriti ini telah dikirimkan kepada kami.




Bukan perbualan biasa, tetapi perbualan yang boleh kami klasifikasikan sebagai perbualan ‘horny’. Fuh! Sekali dengar, kami seakan-akan dapat mengenalpasti pemilik suara berkenaan.

Pada mulanya, kami pelik juga dengan gaya bahasa yang digunakan. Nak kata selebriti ini mempunyai suami, rasanya dah lama rumahtangganya terkandas ditengah jalan.


Lebih mengharukan apabila kami menerima kiriman beberapa keping foto kandungan WhatsApp selebriti ini dengan lelaki berkenaan. Bukan main lagi bermanja-manja seolah-olah mereka ini merupakan pasangan suami isteri.

Tak tahulah nak kata apa, mungkin selebriti ini sengaja diperangkap ataupun sememangnya kedua-dua individu ini memang bercinta. Wallahualam!


Monday, August 24, 2015

SUAMI SAMAN ISTERI RM82 RIBU KERANA TRAUMA LIHAT WAJAH ISTERI TANPA MAKE UP



Suami failkan saman terhadap isterinya bagi menuntut ganti rugi selepas sehari perkahwinan mereka, setelah dia melihat wajah isterinya tanpa solekan membuatkan dia merasakan dirinya telah ditipu.

Suami memfailkan saman berjumlah £13,000 (RM82,136) terhadap isterinya atas penderitaan psikologi. 
Mahkamah di Algiers diberitahu, lelaki itu menyangka wanita terbabit adalah pencuri. 

Semasa perkahwinan, lelaki itu bersetuju untuk hidup semati di kala susah ataupun senang bersama isterinya. Namun, segala-galanya musnah setelah melihat wajah isterinya tanpa solekan. 

Lelaki itu sangat terkejut setelah melihat wajah wanita itu pada waktu pagi, sehari selepas perkahwinan mereka dan dia tidak menyangka itu adalah isterinya sendiri sebelum menuduhnya sebagai seorang pencuri yang telah memecah masuk ke rumah mereka. 

Namun, setelah menyedari wanita itu sebenarnya adalah wanita yang berkahwin dengan dirinya semalam, dia membuat keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah, atas asalan penderitaan psikologi kerana merasakan dirinya telah ditipu dengan solekan di wajah wanita itu. 

Pengantin lelaki itu menuntut ganti rugi sebanyak $20,000 (£13,000). 

Lapor akhbar di negara Utara Afrika-Arab, pengantin lelaki itu bersumpah di mahkamah bahawa dia menyangka isterinya adalah seorang pencuri yang datang untuk mencuri di apartmennnya. 

"Dia berkata dia telah ditupu kerana sebelum berkahwin, wanita itu selalu menggenakan solekan di wajahnya," lapor sumber dari mahkamah. 

"Katanya lagi, wanita itu kelihatan sangat cantik dan menarik perhatian sebelum berkahwin. Namun, selepas dia bangun dari tidurnya, dia sangat terkejut melihat wajah wanita itu selepas mencuci mukanya dan menyangka dia adalah seorang pencuri," kata sumber. SUMBER


Tindakan Dua orang Gadis Beri Minum Susu Kepada Anak Anjing Dapat Perhatian Netizens


Seorang pengguna Facebook bernama Dato Paramathayalan Naidu telah berkongsikan beberapa keping gambar dilaman Facebooknya menunjukkan nilai kemanusiaan yang ada kepada dua orang gadis yang memberi minum susu kepada anak-anak anjing.


Gambar berkenaan telah menarik perhatian netizens dari pelbagai bangsa dan agama di mana kebanyakkan mereka memuji tindakan dua orang gadis berkenaan dan mendoakan mereka dengan perkara-perkara yang baik.

Jika dilihat dari pandangan Islam, anjing tergolong dalam Najis Mughallazah iaitu yang paling berat tetapi Islam tidak mengajar umatnya untuk menganiyai binatang lebih-lebih lagi jika keadaan memerlukan.




Berdasarkan gambar juga dilihat gadis berkenaan memegang haiwan tersebut dengan berlapik di mana tidak bersentuhan terus dengan kulit dan kita tidak tahu mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada ibu anak-anak anjing berkenaan menyebabkan kedua-dua gadis ini menyelamatkannya.

Bagaimanapun tempat dan amsa kejadian tidak dinyatakan oleh pengguna Facebook berkenaan tetapi rata-rata netizens memuji tindakan ini walaupun ada satu dua suara yang tidak berpuas hati.





IBU SIBUK BERMAIN TELEFON, ANAK MAUT DILANGGAR KERETA

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dilanggar kereta berhampiran dengan pusat beli-belah Zhengzhou, semalam. 

Ibu mangsa dikatakan terlalu sibuk bermain dengan telefon bimbitnya berbanding memerhatikan anaknya itu. Mangsa dilanggar oleh sebuah kereta SUV, lapor Tencent News. 

Menurut saksi kejadian, mangsa bermain di tepi jalan manakala ibunya sibuk bermain telefon bimbit. Ibu mangsa yang terlalu fokus dengan telefon bimbit sehingga tidak menyedari anak lelakinya itu bermain di tengah jalan. 

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital. 

Pemandu kereta SUV, Wong, telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan. - SUMBER






(Gambar) Pertunangan Anak Tiri Siti Nurhaliza Dengan Aktres Indonesia

Nampaknya penyanyi tersohor negara Dato Siti Nurhaliza sekali lagi bakal menerima menantu. Hari ini berlangsungnya majlis pertunangan bagi anak tirinya iaitu Asyraf Khalid dengan seorang selebriti yang berasal dari Indonesia.

Majlis pertunangan yang dikatakan berlangsung di Palembang itu sangat meriah dihadiri oleh seluruh keluarga kedua belah pihak.

Setelah selesai majlis, seluruh keluarga menyambut pula ulangtahun perkahwinan yang ke-9 buat pasangan bahagia Dato Siti Nurhaliza dan Dato Khalid Mohd Jiwa.