Monday, August 31, 2015

Filled Under:

Lelaki campak 2 beg mengandungi sisa mayat wanita dan budak perempuan



Seorang lelaki direman 12 hari selepas dilihat mencampak dua beg mengandungi sisa mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia enam tahun ke sungai Ganges. Samaresh Sarkar, 45, yang juga pengurus bank ditahan di Sheoraphuli selepas mendakwa wanita berkenaan membunuh anak perempuannya sebelum membunuh diri. Menurutnya, dia cuba menghapuskan bahan bukti kerana bimbang dikaitkan dengan kes itu.

Samaresh ditangkap penumpang feri dinaikinya selepas sempat mencampakkan satu beg ke dalam sungai dari kapal itu. Sehubungan itu, satu beg ditemui dan polis kini berusaha mencari beg kedua yang sempat dicampakkan itu. Samaresh kini disiasat bagi tuduhan bunuh. Polis mendapati Samaresh yang sudah beristeri mempunyai hubungan sulit dengan mangsa, Sucheta Chakraborty, 34.

Samaresh dipercayai membunuh wanita itu dan anaknya selepas kekasihnya mendesak mahu berkahwin. Polis membawa suspek ke rumah mangsa untuk siasatan, namun tidak dapat memasuki kediaman itu disebabkan penduduk di situ berhimpun dan mendesak Samaresh diserahkan kepada mereka untuk ‘dijatuhkan hukuman.’ -AP




0 comments:

Post a Comment