Saturday, October 31, 2015

Akhirnya Terbongkar Kenapa Azan Dengan Pembesar Suara Tidak Dibolehkan Di Singapura !!!


Apa yang diceritakan di sini adalah sekadar self-reflection (muhasabah diri sebagai Muslim):-

DISEBALIK PERLAHANNYA LAUNGAN AZAN #$%

Bila ada petisyen minta azan diperlahankan di masjid-masjid kerana mengganggu penduduk setempat MP muslims di Singapura sangat marah. Maka, PM singapura masa tu Lee Kuan Yew telah membuat tinjauan di masjid-masjid di Singapura pada waktu solat fardhu untuk melihat sendiri bilangan jemaah yg hadir....

Ditanyanya apakah rasional dilaungkan azan? Maka MP Muslims menjawab "supaya kaum muslimin dtg bersolat di masjid"....

Jika azan sepatutnya mendapat respon 500 muslim di kawasan itu kenapa hanya 2 baris (2 saf - lebih kurang 30 org) yang hadir setiap kali solat fardhu. Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauannya. Maka katanya lagi -permintaan siapakah yang wajar dipertimbangkan...? Majoriti penduduk yg merasakan azan bising dan mengganggu atau cuma 30 org yang menyahut seruan azan itu? MP muslims terkedu....

Kita marah hak kita dirampas, tapi apa tanggungjawab kita menjaga hak itu? Bila keputusan dibuat berdasarkan majoriti kita sebagai orang Islam berasa amat marah dan kononnya tersinggung....

Dimana kekuatan kita????

Kita marah orang hina agama kita tapi adakah kita memuliakannya????

Marilah sama-sama kita muhasabah diri buat kita di dunia ini bagi muslimin-muslimin sekalian. Di mana kesungguhan untuk solat berjemaah di masjid....

Berbaloikah kita terlampau mengejar kesenangan hidup di dunia yang sementara tanpa sedar maruah agama tergadai...

Jom kita jadi muslim terpilih yang Allah sebut dalam al-Quran sebagai kuntum khairun ummah...

Jom kita ubah diri sebelum membawa perubahan kepada yang lain...

Buat renungan kita...

JANGAN BERULANG SEJARAH INI PULA DI MALAYSIA NANTI...

Penuhilah masjid kerana Allah. Setiap langkah ke sana penuh dengan pahala...


WAJIB BACA ! CARA MALAIKAT BERITAHU BAHAWA AJAL KITA SUDAH SAMPAI .



Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "

Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )

Beginilah cara kerja Malaikat Maut
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "


Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa Menjawab
Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul- betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "

Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim)


Posisi Tidur Melambangkan Peribadi Diri Sendiri

Posisi Tidur Melambangkan Peribadi Diri Sendiri








INILAH 4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MANJADI PENGHUNI NERAKA

Suatu perkara yang pasti bahawa Syurga dan Neraka adalah dua tempat balasan yang Allah s.w.t. ciptakan. Syurga diciptakanNya sebagai tempat tinggal yang abadi bagi kaum Muslimin dan Muslimat dan Neraka sebagai tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan pelaku dosa yang Allah s.w.t. telah melarang darinya. Setiap Muslim yang mengerti keadaan Syurga dan Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi penghuni Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah fitrah.

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

 

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas 

suaminya.
Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.
 
“Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang.” komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

“Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan.” Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk-burukkan suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

“Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau.” sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang 

tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami 

membuat perkara yang di luar kemampuan suami).
 

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

“Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.”

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

” Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. “

” Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. “

” Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta.”
 

 
3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang 

memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
” Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award.”

” Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. “

” Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni.”
 
4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan,

 minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w tentang penghuni Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang majoriti penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan menjadi majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”

(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)

Jika kita perhatikan keterangan dan hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka bahkan menjadi majoriti penghuniya dan yang menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari penghuni Syurga.

1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :

Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami kerana Allah s.w.t. tidak akan melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah s.a.w :

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”

(Hadis Riwayat Nasaie)

Hadis di atas adalah peringatan keras bagi kaum wanita muslimah yang menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau meminta dan banyak mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk diperbesar-besarkan.

Jika sedemikian keadaannya, maka sangat tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur terhadap suaminya serta kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w sebagai majoriti kaum yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal didalamnya.

Cukup sekiranya isteri-isteri Rasulullah s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri tauladan bagi isteri-isteri kaum muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang diberikan suaminya kepadanya.


Kisah mengerikan jasad Mustafa Kamal Ataturk 15 tahun tidak diterima bumi saat dikuburkan


Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.
Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.

Ketika itu Empayar Ottoman/Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.

Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kamal:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya, “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?” Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab, “Kamal Atartuk adalah Tuhan,” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawet selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di bawah batu marmar.

Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa

“Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. 
Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.
Sumber asal


Budak 7 Tahun ingin masuk islam lepas tengok rakan-rakan solat dhuha... tapi apa terjadi selepas itu amat memeranjatkan


Subhanallah , anak ini namanya Ah kong beragama budha dan sentiasa bermain main di madrasah dari pg sampai petang, hari ini dia dtg ke madrasah

"umie saya nak masuk islam boleh ke" umurnya baru 7 thn,

tanya dia " mak bagi ke masuk islam" dia jawab " mak kata kalau nak masuk islam boleh, tp jangan tukar tukar agama "


Ah Kong mengangguk, td dia solat asar dan selama ini dia perhati jer kawan kawan dia solat, esok dia akan dtg ke madrasah bersama sama kawanya dan jika ada sesiapa nak sponsor baju sekolah boleh lah bgnya sepasang baju, sepasang kasut , kopiah dan juga beg,

ni lah namanya ahli syurga, dia minat nak masuk islam sbb setiap hari tengok kawanya solat dhuha dan zohor, namnya yg baru Mohd Firdaus

alhamdulillah td dah ada yg sponsor kelengkapan untuk Firdaus memulakan sebagai kanak kanak Islam,-Rusnah Abu Samah


Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak.. Tengok muka mak.. tengok lama-lama.. Ni kali terakhir nak tengok...



hiasan

Setiap yang hidup, pasti akan mati dan akan pergi mengadap Sang Penciptanya, Allah SWT.

Walau siapa sekalipun, kematian akan mendatangkan rasa sedih, pilu dan sebak dan rasa kehilangan.

Kami kongsikan posting seorang wanita Tun Azah Aziz menerusi Facebooknya, tentang ketiadaan ibunya yang meninggal dunia baru-baru ini.

Bahawa sebagai anak, kita perlu memberikan sebaik-baik penghormatan kepada seorang ibu yang selama ini telah mengandungkan kita, membesarkan, mendidik dan menjaga segalanya demi kehidupan kita.


"Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik.. Waktu tu kita kena terima.. Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..

Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak.. Tengok muka mak.. tengok lama-lama.. Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je.. Sentuh lembut2 badan mak.. Belai lembut2 badan mak.. Cakap dalam hati… “Ni la orang yg lahirkan aku.. Yg besarkan aku.. Mak didik aku sampai aku jadi orang.. Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak, tapi mak tak penah marah aku.. Mak tetap nasihatkan aku.. Lepas ni aku dah takde mak.. Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak.. Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak…

Tapi waktu tu mak dah takde.. Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi.. Aku takde tempat nak bercerita.. Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak.. Mak… Aku sayang mak.. Camne kalau pasni aku rindu mak? Camne kalau aku perlukan mak??”Amek peluang terakhir ni.. Usap rambut mak…mcm mak usap rambut kita.. Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..Tengok mak puas-puas.. Ni last kita dpt tengok muka mak.. Lepas ni takde peluang lagi dah.. Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak.. Nanti mayat mak sakit.. Sama-sama pakaikan baju baru mak.. Tengok mak.. Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak.. Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan, kita masih sibuk kat luar rumah lagi.. Masuk rumah.. Renung mayat mak.. Renung lama-lama.. Ni last kita dapat tengok mak.. Ni la kali terakhir.. Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah.Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..Ni la last kita dpt cium..

Mak wangi sangat.. Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak.. Cakap dalam hati.. “Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku.. Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..Pada mak, aku tetap anak dia..Dulu mak tadah muntah aku.. Mak cebokkan taik aku.. Mak dukung aku.. mak suap aku makan.. Mak marah aku sebab aku nakal.. Tapi mak tak penah benci aku.. Lepas ni aku tak dapat cium mak dah.. Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah.. Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja.. Mak tengok anak dia ni makan berselera.. Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..

Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?Mak… mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???”Bila nak sembayangkan mayat mak, kalau takleh jadi imam, jadi makmum je.. Cepat2 diri kat belakang imam.. Dulu mak selalu suruh kita semayang.. Arini kita semayangkan mayat mak..

Bila mayat mak nak keluar rumah, epat-cepat kita pegang keranda mak.. Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul.. Jangan bagi org lain.. Ni mak kita.. Dulu dia yg dukung kita.. Dia yg bawak kita dlm perut dia.. Takkan mayat dia kita tanak pikul? Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita.. Waktu kita baru pandai jalan..Mak langsung tak bagi kita jatuh.. Skrg kita nak hantar mak pegi jauh.. Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..

Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang.. Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak.. Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal.. Ada selimut… jgn sampai kena gigit nyamuk.. Jgn sampai kita sejuk..
 
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah.. Biarlah kita yg uruskan mayat mak… Bukan org lain.. Cakap dlm hati.. “Mak.. ni last aku dapat tengok mak.. Ni last aku dapat pegang mak.. Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi.. Aku tinggalkan mak kat sini.. Mak tunggu aku eh.. Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini.. Sementara ni mak duduk kat sini.. Aku pulangkan mak kat Tuhan.. Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak.. Mak jangan risau..



Friday, October 30, 2015

2 Gambar Gadis Comel Ini Mirip Isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor!!

 2 Gambar Gadis Comel Ini Mirip Isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor!!

 
2 Foto gadis cun yang sebijik mirip dengan Datin Rosmah Mansor kini jadi viral di laman sosial
Pasti semua aakan terkejutkan.

Jom layan foto gadis comel dibawah...
 


Ratu Cantik Pemungut Sampah Menipu,Gelaran Ratu Cantik Di Batalkan?

Pemungut sampah pertahan gelaran Miss Uncensored News Thailand 2015:


Mint (kanan) mengadakan sidang media bersama Somchai bagi menjelaskan mengenai kontroversi gelaran ratu cantik yang disandangnya.
Kemenangan Khanittha “Mint” Phasaeng yang dinobatkan sebagai Miss Uncensored News Thailand 2015 baru-baru ini nyaris dibatalkan apabila dia didapati menipu mengenai tahap pendidikan, selain status sebagai pemungut sampah terbongkar.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari mahkota kemenangan itu diperoleh, penganjur pertandingan ratu cantik itu memutuskan gadis berusia 17 tahun itu berhak mengekalkan gelaran itu.

Gadis itu didapati menipu ketika mengisi borang penyertaan dengan menyatakan dia lulus Mathayom 6 (Tahap 12) sedangkan tahap pendidikan tertingginya adalah Mathayom 3.

Penganjur mendapat tahu mengenainya apabila pihak universiti menghubungi mereka untuk menawarkan biasiswa kepada penenang pertandingan itu.

Malahan, keperibadiannya juga menjadi bualan apabila diketahui beliau membantu ibunya memungut sampah untuk menyara kehidupan, selain menjadi penari untuk persembahan kumpulan muzik tempatan.


Mint (duduk) membantu ibunya memungut sampah sebagai punca utama pendapatan keluarga mereka.


Selain itu, Mint juga menjual barangan terpakai untuk menambah pendapatan.

Walaupun semakin dikenali ramai berikutan gelaran yang diperolehnya baru-baru ini, Mint dikatakan tidak malu dengan pekerjaan yang dilakukannya.

Sebaliknya, dia berjanji akan terus membantu ibunya kerana memungut sampah adalah punca pendapatan utama untuk membezarkannya selama ini.

Mint juga memohon maaf kepada penganjur pertandingan ratu cantik itu, Somchai Leknoi kerana menipu dan mengakui tidak berniat melakukannya.

Malahan, katanya, dia tidak memeriksa borang penyertaan yang diisi bapa saudarannya sebelum dikemukakan kepada penganjur pertandingan itu.

Menerusi pertandingan itu, Mint menerima wang tunai 30,000 baht (RM3,615) sebagai sebahagian hadiah kemenangan.


HOT!! Amber Chia Terlibat Dalam Rampasan Limosin Di Naiki Rajinikanth ?

Benarkah Amber Chia Terlibat Dalam Rampasan Limosin Di Naiki Rajinikanth ?

 
Petaling Jaya – Model Amber Chia tidak berang sama sekali apabila mendapat tahu bahawa limosin dihiasi dengan pelekat ‘Hello Kitty’ yang sepatutnya dinaiki beliau turut digunakan oleh bintang besar filem Tamil, Rajinikanth.
“Tak apa, bila saya dapat tahu supestar Kollywood yang mengambil limosin saya. Cuma agensi pengembaraan sepatutnya memaklumkan kepada saya lebih awal,” katanya kepada The Star Online.
Amber telah menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama hampir tiga jam, dengan menantikan limosin yang sama untuk menjemputnya ke majlis pembukaan kafe Hello Kitty di Sunway Pyramid.
“Bila saya dengar mengenai ‘rampasan’ itu, saya tidak fikir seorang selebriti akan melakukannya. Saya percaya Rajinikanth dan amat menghormati beliau. Beliau tak akan melakukan perkara seperti itu kepada orang lain,” katanya.
Amber kemudiannya menghubungi semula bagi mengetahui kedudukan pemandu itu sejam selepas itu.
“Dia kata dia ada kecemasan di Melaka, dan perlukan lagi 45 minit,” katanya.
Amber menghubungi pemandu berkenaan buat kali ketiga pada pukul 8.20 malam tetapi tidak berjawab.
Kliennya menundakan waktu pembukaan kafe kepada pukul 9 malam, dan Amber mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Sunway Pyramid dan tiba 20 minit sebelum pusat membeli-belah itu tutup pada 10 malam.
Amber memberi penjelasan bahawa beliau terpaksa menunggu lama kerana kliennya telah melaburkan sejumlah wang untuk menghiasikan limosin berkenaan, dan membayar untuk kemunculannya termasuk ketibaan pada pembukaan kafe menggunakan kenderaan tersebut.
 
 
“Saya perlu jalankan tanggungjawab saya. Saya berasa serba salah terhadap klien saya, dan mereka memohon maaf. Mereka meminta saya supaya menunggu limosin itu, dan saya fikir ia kerana mereka telah berbelanja banyak untuk pelekat (Hello Kitty),” katanya.
Beliau menjelaskan kepada kliennya bahawa limosin tersebut sudah ditempah sepanjang hari.
Menurut Amber, penulis blog lain juga terpaksa menunggu lama kerana kenderaan itu sepatutnya menjemput mereka untuk lawatan limosin bersama media sebelum sesi bergambar di hadapan kafe.
Bagaimanapun, apa yang berlaku masih menjadi misteri dan beliau berharap klienya dapat menjelaskan mengenai insiden berkenaan.
“Saya harap saya betul, kerana kerana mengambil telefon orang lain adalah salah,” katanya mengenai lapoan bahawa wakil bintang itu merampas telefon mudah alih milik pemandu.
“Saya amat menghormati Rajinikanth dan saya tidak fikir beliau akan melakukan perkara ini kepada orang lain. Beliau seorang yang matang,” tambah Amber.
 Amber yang melakukan lawatan ke Da Nang, Vietnam untuk menjadi juri pada pencarian model ‘Face of Vietnam’ tiba di KLIA pada kira-kira pukul 6.15 petang Isnin.
Bagi memastikan beliau tiba pada majlis Hello Kitty tepat pada waktunya, Amber membuat dandanan rambut dan bersolek semasa transit di Ho Chi Minh dan memutuskan untuk tidak mendaftar masuk bagasi.
 
Setibanya di KLIA, model berkenaan sudah bersedia untuk meninggalkan lapangan terbang bagi menghadiri majlis berkenaan pada pukul 6.20 petang.
“Tetapi bila saya telefon pemandu, dia kata dia ingatkan waktu ketibaan saya pukul 7.30 petang. Saya tanya dia berapa lama saya perlu tunggu, dan dia beritahu dia perlu mengambil masa 45 minit untuk sampai ke KLIA,” katanya,