Benarkah Amber Chia Terlibat Dalam Rampasan Limosin Di Naiki Rajinikanth ?

Petaling Jaya – Model Amber Chia tidak berang sama
sekali apabila mendapat tahu bahawa limosin dihiasi dengan pelekat
‘Hello Kitty’ yang sepatutnya dinaiki beliau turut digunakan oleh
bintang besar filem Tamil, Rajinikanth.
“Tak apa, bila saya dapat tahu supestar Kollywood yang mengambil limosin
saya. Cuma agensi pengembaraan sepatutnya memaklumkan kepada saya lebih
awal,” katanya kepada The Star Online.
Amber telah menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) selama hampir tiga jam, dengan menantikan limosin yang sama untuk
menjemputnya ke majlis pembukaan kafe Hello Kitty di Sunway Pyramid.
“Bila saya dengar mengenai ‘rampasan’ itu, saya tidak fikir seorang
selebriti akan melakukannya. Saya percaya Rajinikanth dan amat
menghormati beliau. Beliau tak akan melakukan perkara seperti itu kepada
orang lain,” katanya.
Amber kemudiannya menghubungi semula bagi mengetahui kedudukan pemandu itu sejam selepas itu.
“Dia kata dia ada kecemasan di Melaka, dan perlukan lagi 45 minit,” katanya.
Amber menghubungi pemandu berkenaan buat kali ketiga pada pukul 8.20 malam tetapi tidak berjawab.
Kliennya menundakan waktu pembukaan kafe kepada pukul 9 malam, dan Amber
mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Sunway Pyramid dan tiba 20
minit sebelum pusat membeli-belah itu tutup pada 10 malam.
Amber memberi penjelasan bahawa beliau terpaksa menunggu lama kerana
kliennya telah melaburkan sejumlah wang untuk menghiasikan limosin
berkenaan, dan membayar untuk kemunculannya termasuk ketibaan pada
pembukaan kafe menggunakan kenderaan tersebut.

“Saya perlu jalankan tanggungjawab saya. Saya berasa serba salah
terhadap klien saya, dan mereka memohon maaf. Mereka meminta saya supaya
menunggu limosin itu, dan saya fikir ia kerana mereka telah berbelanja
banyak untuk pelekat (Hello Kitty),” katanya.
Beliau menjelaskan kepada kliennya bahawa limosin tersebut sudah ditempah sepanjang hari.
Menurut Amber, penulis blog lain juga terpaksa menunggu lama kerana
kenderaan itu sepatutnya menjemput mereka untuk lawatan limosin bersama
media sebelum sesi bergambar di hadapan kafe.
Bagaimanapun, apa yang berlaku masih menjadi misteri dan beliau berharap klienya dapat menjelaskan mengenai insiden berkenaan.
“Saya harap saya betul, kerana kerana mengambil telefon orang lain
adalah salah,” katanya mengenai lapoan bahawa wakil bintang itu merampas
telefon mudah alih milik pemandu.
“Saya amat menghormati Rajinikanth dan saya tidak fikir beliau akan
melakukan perkara ini kepada orang lain. Beliau seorang yang matang,”
tambah Amber.
Amber yang melakukan lawatan ke Da Nang, Vietnam untuk menjadi juri
pada pencarian model ‘Face of Vietnam’ tiba di KLIA pada kira-kira pukul
6.15 petang Isnin.
Bagi memastikan beliau tiba pada majlis Hello Kitty tepat pada waktunya,
Amber membuat dandanan rambut dan bersolek semasa transit di Ho Chi
Minh dan memutuskan untuk tidak mendaftar masuk bagasi.

Setibanya di KLIA, model berkenaan sudah bersedia untuk meninggalkan
lapangan terbang bagi menghadiri majlis berkenaan pada pukul 6.20
petang.
“Tetapi bila saya telefon pemandu, dia kata dia ingatkan waktu ketibaan
saya pukul 7.30 petang. Saya tanya dia berapa lama saya perlu tunggu,
dan dia beritahu dia perlu mengambil masa 45 minit untuk sampai ke
KLIA,” katanya,
0 comments:
Post a Comment