Friday, August 28, 2015

Filled Under:

Kutu Rayau Simbah Minyak Panas Ke Badan Pekerja Restoran



Seorang kutu rayau yang bengang selepas tidak diberikan makanan, bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur membuatkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang dikenali Sofea Batrisyya yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.

Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun tersebut dikatakan telah meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dipedulikannya.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya berang kerana permintaannya tidak dihiraukan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.




0 comments:

Post a Comment