Saturday, September 19, 2015

Filled Under:

Nenek Tua Gatal Di China Jadi Viral

Nenek Tua Gatal Di China Jadi Viral



RAKAMAN video menunjukkan nenek itu cuba mencium budak lelaki. -

Beijing: Satu rakaman video yang memaparkan seorang nenek cuba mencium bibir 

seorang budak lelaki kini viral di laman sosial di China. 
 

Aksi nenek yang gatal itu dilaporkan dirakam kamera keselamatan di dalam lif di sebuah 

kediaman di China. 
 

Menurut portal berita Sina News, budak lelaki berkenaan masuk ke dalam lif itu bersama 

seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 70-an. Ketika di dalam lif, wanita itu tiba-tiba 

dilihat menghampiri budak lelaki berkenaan dan terus mencium bibirnya. 
 

Budak itu yang terkejut dengan tindakan berkenaan cuba menjauhkan diri, tetapi wanita itu terus menghampirinya. 
 

Wanita berkenaan beberapa kali dilihat cuba memeluk dan mencium budak lelaki itu. 
 

Kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu, budak lelaki itu kemudiannya menolaknya 

dengan kuat sebelum keluar dari lif. 
 

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang menggelar wanita itu 

sebagai nenek yang gatal.
 

 “Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata seorang pengguna. -




0 comments:

Post a Comment