PETALING
JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin ditemui
mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur sebuah unit kediaman di
Mentari Court, Bandar Sunway di sini, sebentar tadi.
Lebih
malang, mangsa ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di
sebelah bayi perempuannya yang baru berusia sebulan setengah oleh suami
mangsa sendiri kira-kira jam 8 malam, ketika pulang bekerja.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim, berkata
mangsa yang berusia 23 tahun itu tidak bekerja dan baru melahirkan anak
pertengahan Januari lalu, manakala suaminya bertugas sebagai pengawal
keselamatan di sebuah kilang elektronik di Kelana Jaya.
"Siasatan
awal menunjukkan mangsa dipercayai mati akibat dicekik dan ketika
ditemui, mayatnya dalam keadaan separuh bogel dari paras pinggang ke
bawah.
"Anak
pasangan itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dan
difahamkan, ketika kejadian hanya pasangan anak beranak itu berada di
rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian,
tadi.
0 comments:
Post a Comment