Seperti yang kita ketahui Taufik Batisah akan menamatkan zaman bujangnya itu pada bulan April. Tahniah kami ucapkan kepada Taufik Batisah kerana telah
selamat bergelar suami kepada Sheena Akbal dalam majlis pernikahan yang
berlangsung pada hari ini. Taufik telah dinikahkan sendiri oleh ayah
pengantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja.
Sebelum ini Taufik pernah mendedahkan bakal isterinya di Facebook dan
menerima banyak reaksi positif di laman sosialnya. Taufik pernah
digosipkan dengan Nur Fazura kerana mereka telah digandingkan untuk menjadi juri dalam rancangan hebat Maharaja Lawak Mega namun penyanyi ini bijak menangkis sebarang
spekulasi malah sangat menjaga privasi hubungannya dengan insan
terdekat.
Semoga ikatan ini bakal membawa seribu satu cahaya baru kepada pasangan ini dan kami pasti ramai peminat Taufik di luar sana sentiasa mendoakan kebahagiaan selebriti kesayangan mereka ini. Kami kongsikan beberapa keping gambar untuk anda
0 comments:
Post a Comment