Ketika berita gembira tentang keadaan Zamani Slam yang
beransur pulih ketika ini, nampaknya ada kisah lain yang menyelubungi
penyanyi ini dan perkara tersebut adalah berkaitan dengan wang simpanan
penyanyi ini. Berdiri atas rasa tanggungjawab, peguam Zamani, Ahmad
Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa simpanan penyanyi ini lesap melalui di akaun facebooknya.
Menurut daripada tinjauan kami di ruangan Facebook milik peguamnya itu, terdapat pihak yang bagaikan tidak mahu perkara ini diketengahkan malah Zaharil sendiri menyatakan bahawa kisah sebenar di sebalik isu wang itu sendiri juga adalah lebih menyedihkan. Mereka beranggapan cerita sebegini tidak patut didedahkan kepada umum kerana Zamani sendiri tidak akan menyenanginya.
Lebih mendalam lagi, melalui komen balas yang ditulis oleh peguam Zamani, dia bertindak berkenaan kerana dia menerima tohmahan yang mengatakan dia hidup di atas wang royalti Zamani. Menafikan perkara tersebut, peguamnya memberitahu bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk kebaikan anak guamnya sendiri.
0 comments:
Post a Comment