Satu perubahan ke arah kebaikan dan juga khabar gembira buat peminat Izreen Azminda kerana pelakon ini menjelaskan dia kini sedang membiasakan diri dengan imej bertudung yang sudah lama dihajatinya. Senang hati bila tengok ramai artis-artis kita kini berhijrah dengan kerelaan hati dan bukannya paksaan atau mengikut trend semasa.
“Insya-Allah selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta ini saya akan nekad dengan keputusan menutup aurat sepenuhnya. Ini kerana masih ada keperluan babak yang memerlukan saya membuka tudung. Insya-Allah doakan yang baik-baik saja ya”
“Jadi saya harap penjelasan ini tidak akan menimbulkan komen sebaliknya. Saya sentiasa berdoa semoga Tuhan menguatkan hati saya untuk fasa baru ini. Niat bertudung ini sudah lama cuma kesibukan kerja membataskan,” katanya seperti dipetik dariapda Berita Harian.
Selain itu Izreen juga akan mengakui bahawa dia akan berkahwin dengan
Fahrin Ahmad – di dalam drama yang dibintanginya bersama Fahrin nanti.
Malah pelakon ini juga menafikan niatnya bertudung itu didorong dengan
hasrat untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal
bertahan.
0 comments:
Post a Comment