Datuk Aznil Nawawi memang sudah lama menjadi duda dan kini dua permata beliau telah meningkat dewasa. Mengakui seringkali ditanya mengenai hal perkahwinan, Datuk Aznil Nawawi beranggapan bahawa perkara tersebut sebagai suatu yang sangat klise. Malah seringkali soalan tersebut disambut dengan ketawa. Mengakui sesekali persoalan kahwin itu bermain di kepala, Aznil
menjelaskan komitmen kerja yang sentiasa memerlukan dia sentiasa ke sana
ke sini, membuatkan beliau melupakan perihal berkenaan. Tambahnya lagi,
faktor usia juga menyebabkan dia tidak meletakkan seks sebagai perkara
utama.
“Kalau balik rumah dan penat sangat serta mengantuk, tidurlah jawapannya. Pada usia saya kini, seks bukan keutamaan. Malah kalau ada yang berkahwin semata-mata kerana seks, saya rasa pelik juga. Ini kerana perkahwinan lebih daripada itu”
“Seks hanya sebahagian sahaja. Kasih sayang lebih penting. Macam
sekarang kasih sayang saya terus mengalir kepada anak, ibu, keluarga dan
kawan. Paling melegakan saya apabila tidak terikat dengan sesiapa ialah
tak dihimpit soalan awak kat mana atau balik pukul berapa,” jelasnya.
“Bukan sewenang-wenangnya jumpa orang dan ajak jomlah kahwin.
Pengalaman kahwin dulu banyak mengajar saya untuk jadi lebih
berhati-hati. Kerana terlalu sibuk bekerja dan menghabiskan masa di
luar, ada hati yang terabai”
“Jadi saya akan kasihankan mana-mana wanita di luar sana yang akan
keseorangan di rumah atau ditemani anak sahaja. Komitmen kerja saya
memang memerlukan bergerak dan terbang ke sana ke mari. Kerjaya saya
memang menyukarkan untuk ada komitmen berumah tangga,” katanya kepada Berita Harian.
0 comments:
Post a Comment