Friday, August 14, 2015

5 Perbuatan jijik kita yang membuat Jin masuk rumah dan merogol tanpa disedari


Haaa ... mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin juga ramai yang tak tahu. Hmm kita, tanpa sedar banyak melakukan perkara yang undang perkara tidak elok dalam kehidupan. Untuk entri kali ini, SembangSembang.com ingin kongsikan pengetahuan tentang bagaimana kita boleh undang jin masuk rumah kita.

Erkkk bukan nak suruh anda semua bawa masuk jin, tetapi untuk elakkan ianya berlaku.
Sebenarnya, SS pernah tampilkan entri hampir sama sebelum ini, tetapi sekadar entri usik mengusik. Kali ini SS berikan point perkara-perkara atau perbuatan yang boleh undang jin masuk rumah.

5 Perbuatan Anda Ini Telah Menjemput Jin Masuk Ke Dalam Rumah Tanpa Disedari.

Biarkan rumah anda bersawang

Selalunya sawang ini terbentuk di penjuru-penjuru rumah. Dan semakin ia teruk bersawang, maka makin gemarlah jin untuk melepak di situ. Maka bersihkan rumah anda dari sawang, samada yang kelihatan di mata mahupun tersembunyi.

Punyai barang atau milikan dari sumber jin

contohnya batu serai atau kulit kerang dari laut. Ia mungkin dimiliki oleh jin yang cuba memperdaya manusia. Awas dengan apa yang anda miliki. Pendapat sesetengah bahawa batu serai punyai khasiat tertentu adalah salah.

Asap

Rumah yang banyak asap boleh undang jin kerana makanan jin adalah asap. Kalau memasak, pasanglah penyedut asap atau elakkan membakar sesuatu yang mengeluarkan asap di dalam rumah. Rokok misalnya tidak terkecuali.

Tulang temulang haruslah dilupus dan dibuang

Setiap kali anda makan buanglah ia ke tempat seharusnya. Ada setengah pendapat, tulang-tulang haiwan berdarah seeloknya ditanam. Pelajari dan lihat tingkah laku anjing, ia tanam tulang dalam tanah ...kerana mata anjing boleh melihat jin yang cuba ambil tulangnya.

Masuk rumah tanpa memberikan salam

Sesetengah pendapat menyatakan apabila kita terlupa hendak memberikan salam apabila masuk ke dalam rumah, jin akan masuk ke dalam rumah bersama kita.

Okeh. Harap ini membantu kepada yang mencari info mengenainya. Nanti HH akan kongsikan kepada anda tentang bagaimana kaedah untuk bertemu orang bunian ...hehehe... erkk macam bomoh la pulak ...

Awas, jangan lakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah.


Thursday, August 13, 2015

Apa Yang Di Lakukan Gadis Cantik Ini Pasti Buat Anda Muntah Hijau


Fetish or a bloody spectacle. I really do not know, but I think a disgusting and distasteful madness. As they say, "to each his own theme".







6 Nama anak dalam Islam yang mendatangkan penyakit mengerikan


Sekarang ni nama-nama anak mengalahkan nama ibu bapa sendiri dan sudah pasti sebutannya pun mestilah cantik dan menarik. Tetapi Ustaz Sharhan Shafiemenegaskan 6 nama dalam islam yang perlu dielakkan ketika memberi nama anak semasa masih bayi kerana dipercayai mendatangkan penyakit misteri seseorang.

Nama-nama yang dilarang dalam Islam kerana nama ini sering digunakan oleh jin seperti berikut :

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Ustaz Sharhan Shafie juga memesan sekiranya anda atau anak anda mempunyai nama seperti di atas tidak perlu untuk menukarkan nama, hanya perlu menukar nama panggilan sahaja.

Tapi selepas isu nama ini mendapat perhatian, Ustaz Sharhan Shafie mendedahkan terdapat kekhilafan mengenai isu nama anak yang dilarang dalam islam ini dan tidak ketinggalan Ustaz Azhar Idrus juga pernah menafikan isu nama ini dalam salah satu ceramah beliau sedikit masa dahulu.


bayi ditinggalkan ibu kandung kerana sakit kulit. Sungguh menyayat hati tengok keadaan bayi ini


Setiap ibu yang mengandung pasti inginkan anak mereka lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. Tapi sebagai ibu adakah anda sanggup menerima kenyataan bahawa anak anda bukanlah lahir seperti yang anda harapkan? Adakah anda masih menerima keadaan anak anda yang mempunyai sakit kulit yang luar biasa? Atau anda akan bagi anak anda kepada orang lain kerana malu?

Kebanyakan ibu akan menerima, tetapi berbeza pula dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mamata Dote. Dia tidak boleh menerima kenyataan bayi yang baru dilahirkan mempunyai sakit kulit yang menyebabkan anaknya kelihatan lebih tua dan berkedut. Bayi tersebut dilahirkan tidak cukup bulan dan hanya seberat 800gram.

Berita tersebut tersebar luas ke seluruh kampung. Disebabkan malu anaknya itu tidak sama seperti anaknya yang lain, Mamata Dote mengambil keputusan untuk meninggalkan anaknya. Mujurlah, datuknya menerima cucunya seadanya dan sanggup menjaga bayi tersebut.

Walaupun tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli susu dia hanya memberi bayi tersebut susu kambing sahaja dan berjanji akan menjaga bayi tersebut sebaiknya. Inginkan yang terbaik buat cucunya, dia ke Hospital Wadia di Mumbai untuk mendapatkan rawatan. Dia bersyukur cucunya kini berada dalam jagaan orang-orang yang baik secara percuma.

Bayi tersebut akan tinggal di hospital berkenaan hingga benar-benar sihat.


Wednesday, August 12, 2015

AKHIRNYA TERBONGKAR !!.. Ini sebabnya mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas


Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panassehingga mencecah lebih 40 darjah.

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.

Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.

Ini berbeda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.

Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.


15 GAMBAR NGERI PERCUTIAN TAMAN TEMA NERAKA DI THAILAND YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA.,APA PUN SERAM!!

Hampir kesemua agama besar didunia mempunyai konsep syurga dan neraka. Sungguhpun agama-agama ini berbeza, idea kesengsaraan dan kengerian kehidupan di dalam neraka itu is almost universal.

Di bawah ialah taman tema neraka Wang Saen Suk yang terletak di 90 minit daripada Bangkok.


Di sini anda boleh melihat bagaimana penganut Buddha yang tak beriman akan dihukum di neraka kelak.

Mereka yang suka mencuri akan menjadi monyet. Yang suka berbohong akan disumpah menjadi katak. Gambaran penyeksaan yang kejam juga ditunjukkan. Ada patung lelaki yang kantung zakarnya dimakan anjing.


Ada yang ditikam di perut. Taman teman ini dibuka bagi mengingatykan orang ramai supaya berbaik-baik semasa hidup.

Bayaran masuk taman neraka Wang Saen Suk ialah 20 Baht. Kalau anda di Thailand lawatilah taman tema yang sadis ini.






Monday, August 10, 2015

KEJAM... Ibu ikat leher anak sendiri macam anjing



Gambar Ibu Ikat Leher Anak Macam Anjing Di Kecam Hebat Netizen | Beberapa keping gambar yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.

Menurut Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman sosial.

Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya 'lawak'.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang teruk'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.



LUAHAN DOKTOR:RASA MAHU MENAMPAR IBU YANG POTONG BAYI 8 KERAT


BARU-baru ini Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang dikerat kepada lapan bahagian dalam tangki septik tandas di Kampung Manggol, Jitra, Kedah.

Berita menyayat hati itu ternyata mengundang amarah netizen termasuk seorang pakar perubatan yang menyifatkan suspek sebagai binatang.

“Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu,” kata Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Murizah Mohd Zain.

Menurut laporan polis, bayi malang itu dikerat menggunakan objek tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.

Berikutan itu, suspek yang merupakan ibu mangsa kini telah direman dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami pendarahan pada rahim.

Tambah Dr Murizah, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.

“Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada binatang.


Pelajar Tinkatan 2 Dipaksa Meneguk Minuman Keras Sebelum Diperkosa.


SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam....

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri...

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri...

Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian....

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu....

Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya....

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan....

Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah...

Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya....
Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam....

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol....


Maut dirempuh selepas kelas al-Quran


Kota Bharu: Wanita maut selepas basikal yang dinaikinya dirempuh lori kecil dalam kejadian di Kampung Tok Ku, Kedai Lalat di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Asiah Hamid, 60, dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian selepas belajar membaca al-Quran.
Saudara mangsa, Shamsiah Hanafi, 35, berkata, kejadian itu berlaku di hadapan kedai makannya.
"Ketika itu saya berada di dalam kedai sebelum mendengar satu dentuman kuat dan melihat mangsa sudah tertiarap di atas jalan.
"Saya cuba membantu mangsa yang dalam keadaan tercungap-cungap dan melihat darah keluar dari mulutnya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, dia sempat mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.