Friday, November 21, 2014

GAYA MARION YANG MEMUKAU DI FASHION SHOW CHANEL & LV


Screen Shot 2014-10-01 at 10.52.52 PM
Walaupun namanya agak jarang kelihatan di dada-dada akhbar, Marion Caunter tetap mempunyai aura tersendiri di persada antarabangsa.
Bagaimanapun, Marion masih tidak dapat lari daripada kontroversi apabila dia pernah dikecam teruk kerana dikatakan memerli si pemakai barangan tiruan. Malah, dia dituduh ‘cakap besar’ sejak berkahwin dengan SM Nasarudin.
Namun, foto-foto yang dimuat naik olehnya ternyata membuktikan bahawa Marion sememangnya pencinta barangan ‘original‘. Siap pergi pertunjukan Louis Vuitton Spring Summber 15 Collection lagi. Kalau tak silap, Marion juga sempat ke show jenama Chanel tau. So, sila jangan cemburu okay?
Screen Shot 2014-10-01 at 10.52.19 PM
Tapi, kami bukanlah nak cerita pasal isunya dengan barangan ‘original’ buatan antarabangsa.Standardlah orang kaya. Kalau rakyat marhaen macam kami, mampu redah Vincci sahaja. Hehe.
Namun, kami sebenarnya lebih tertarik dengan penampilan Marion yang memang up-to-date danawesome sepanjang berada di sana.
Screen Shot 2014-10-01 at 10.54.22 PM
Sila jangan butthurt lagi sebab Marion dapat bergambar dengan Anna Wintour okay! Buat yang tak tahu siapa Anna Wintour, boleh dah rasanya guna google tu. 


ALYAH DISANGKA MENGANDUNG APABILA BERKUNJUNG KE KLINIK


Screen Shot 2014-10-13 at 10.36.48 AM
Seperti sudah menjadi kebiasaan, jika ada sahaja pasangan yang baru berkahwin, persoalan mengenai cahaya mata pasti akan timbul.
Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan selebriti seperti Alyah dan suaminya, Ramli MS. Yelahkan, jika dihitung, perkahwinan mereka di Batam, Indonesia sudah pun lebih daripada setahun.
Disebabkan itu, hanya dek kerana Alyah mengunjungi klinik bersama seorang rakannya, dia dikatakan sedang hamil anak sulung mereka.
Screen Shot 2014-10-13 at 10.36.35 AM
“Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya. Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar.
Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu.”
Tak mengapalah Alyah. Anggap sahaja gosip yang tersebar itu sebagai satu doa buat perkahwinan yang dibina. Zuriat itu kan pelengkap hidup?
Sumber: mStar Online


FOTO QI RAZALI & NELYDIA SENROSE BERCUTI DI KRABI


Screen Shot 2014-10-14 at 11.38.24 PM
Ada duit semua boleh jadi. Untung jadi selebriti ni kan? Tak perlu nak tunggu bonus berbulan-bulan untuk pergi bercuti sambil menikmati keunikan negara orang.
Begitu juga dengan pasangan sejoli, Qi Razali dan Nelydia yang kini sedang enjoy di Krabi. Setahu kami, ini bukanlah percutian pertama mereka kerana sebelum ini mereka juga pernah melancong ke London pada bulan Februari yang lalu.
Ha.. kali ini nampaknya mereka memilih pantai untuk relax-relaxkan minda. Sambil tu sudah tentu mereka mahu menikmati keindahan Krabi yang memang famous dengan kejernihan air lautnya kan.
Screen Shot 2014-10-14 at 11.40.36 PM
Sebelum bermulanya pelbagai spekulasi nakal, Qi awal-awal lagi dah mewar-warkan bahawa dia bukan berdua sahaja, tetapi turut disertai oleh keluarga Nelydia.
Island trips are the best with you… And your family of course #20Krabi – Qi Razali
Walaupun belum sah bergelar anak menantu, hubungan Qi dan ahli keluarga Nelydia sememangnya agak akrab. Kira memang menantu favourite lah nanti kot?
Screen Shot 2014-10-14 at 11.40.52 PM
Yelah, kami pun ada terdengar juga bahawa mereka bakal mengikat tali pertunangan tak lama lagi. Baguslah begitu. Perkara yang elok rasanya memang molek disegerakan. Setuju tak?


FOTO RAMONA & AMAR BAHARIN KELUAR BERSAMA


Screen Shot 2014-10-16 at 12.14.04 AM
Kalau anda ni memang pengguna twitter tegar, mesti anda perasaan nama Abang Zin masih lagi disebut-sebut kan. Malah, ada yang begitu menggilai ‘Abang Zin’ sampai mengaku boyfriend bagai.Haha.
Peminat nampaknya masih tak boleh move on walaupun watak Abang Zin dilakonkan oleh Amar Baharin itu hanyalah wujud dalam drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ yang ‘kebaboom’ ratingnya tu.
Ha… tapi, foto yang kami kongsikan bersama anda ni pasti membuatkan gadis-gadis yang mengimpikan Abang Zin bad mood seharian.
Screen Shot 2014-10-16 at 12.14.12 AM
Relax! pergi event je. Jgn ada fan club dtg attack ckp nak rampas bf/tunang/laki org lagi okeyh? @amarbaharin is safe with me bahahahhahaha???? #thisworldneedspeace
Caption yang diberikan oleh Ramona Zam Zam ni memang win! Mahu ada yang serang Ramona sebab selfie dengan jejaka idaman Malaya ni.
Jadi, Ramona pun bagi amaran awal-awal yang dia dan Amar hanya keluar bersama untuk pergievent. Maka janganlah ada peminat yang meroyan tak tentu hala ya. Cool bebeh cool!


FOTO ANAK LIYANA JASMAY JELAJAH KOTA LONDON DIUSIA 5 BULAN


Screen Shot 2014-10-15 at 4.05.43 PM
Untung betul jadi anak selebriti. Macam-macam boleh dapat kan. Cemerlang dalam SPM dapat kereta, kali ini baru menjangkau usia lima bulan, anak Liyana Jasmay sudah dapat jelajah kota London.
Lazimnya, tak ramai ibu bapa yang mahu bawa anak kecil melancong kerana bimbang anak meragam pula dalam flight. Tapi nampaknya Liyana Jasmay wat lek wat peace je.
Screen Shot 2014-10-15 at 4.06.47 PM
Percutian Liyana Jasmay sekeluarga nampaknya lebih bermakna apabila mereka mengimbau kenangan honeymoon bersama suami tercinta sambil ditemani baby Sofea yang super comel ini.
Meihat foto-foto percutian mereka membuatkan perasaan kami untuk melancong ke kota London ini semakin membuak-buak pula.
Iyalah, sejak dari kecil lagi kami memang ternanti-nanti saat menjejakkan kaki di kota yang penuh dengan aspirasi fesyen selepas Paris dan Milan ini.
Well, rezeki masing-masing kan. Agak-agak kemana pula Liyana nak bawa Sofea berjalan lepas ini?
Kredit Foto : Instagram Liyana Jasmay