Thursday, November 20, 2014

Filled Under:

FESYEN SELEBRITI BERHIJAB SEKITA IFF 2014


Screen Shot 2014-11-20 at 11.32.20
Semalam telang berlangsungnya acara Islamic Fashion Festival 2014 di Kuala Lumpur yang menyaksikan ramai pereka-pereka fesyen tempatan serta antarabangsa mempamerkan hasil rekaan mereka yang unik dan menarik di atas pentas gilang-gemilang.
Seronok kami tengok artis-artis wanita yang sudah berhijrah hadir ke majlis tersebut dengan bertudung pelbagai gaya tetapi masih menitikberatkan aurat yang perlu dijaga.
Antara selebriti yang hadir ialah Ummi Nazeera yang memakai baju rekaan Khoon Hooi, Fara Fauzana memakai busana dari labelnya sendiri, FFbyMaganda, dan Mizz Nina juga selesa menggayakan pakainnya sendiri dari label Madeena.
Screen Shot 2014-11-20 at 10.53.59
Tapi apa yang menarik perhatian kami, Vanidah Imran kelihatan sangat manis dengan hijab sewaktu mengacarakan majlis itu malam semalam.
Tak ketinggalan, Aaron Aziz pun turut berada di IFF tetapi sebagai salah seorang model yang memperagakan pakaian pengantin dari pereka fesyen Singapura, Fatimah Mohsin. Nampak segak Aaron!
Screen Shot 2014-11-20 at 11.00.24
Selain daripada Mizz Nina yang turut mengambil bahagian dalam memperagakan rangkaian busana Madeena, isteri kepada Mawi iaitu Ekin juga mencuri peluang berharga ini dengan memperkenalkan fesyennya sendiri yang diberi nama Unequein by MawiEkin.
Screen Shot 2014-11-20 at 11.57.08
Kalau korang tak puas lagi tengok kecantikan Ummi dan Fafau dalam gambar di atas, jom sambung tengok kat bawah ni pula. Enjoy!




0 comments:

Post a Comment