Apabila sudah popular, seperti biasa akan ada desas-desus yang tidak diketahui kesahihannya bertebaran. Itu perkara biasa dan lumrah menjadi seorang selebriti. Terbaru, juara AF2014 iaitu Firman didakwa telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kalau desas-desus ini benar sekalipun, tiada masalah. Biasalah orang dah kahwin dan ada anak. Yang tak biasa ialah tak kahwin tapi dah ada anak.
Desas-desus tidak berasas ini timbul apabila seorang peminat meninggalkan komen menyatakan dia sudah berumah tangga dan mempunyai anak dalam sekeping gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya yang menggunakan nama @firman2014. Hmmmm. Ikuti penafian Firman di bawah:-
Belum, belum. Saya belum berkahwin atau pernah berkahwin. Apa lagi mempunyai anak. Saya masih bujang. Itu tidak benar sama sekali (berkahwin dan punyai anak). Saya faham perkara seumpama ini akan terjadi, tetapi saya tidak cepat melatah. Saya akan cuba membiasakan diri dengan spekulasi dan keadaan seperti ini.
Bagus reaksi yang ditunjukkan oleh Firman. Tak gelabah, tak cuak, tak melatah dan tak mengamuk tak tentu hala. Kalau bukan, nafikan sahaja. Biasalah jadi artis khabar angin sebegini memang akan ada. Ini hanya perkara kecil sahaja. Apa pun, semoga Firman terus maju jaya dalam karier seni. Jangan lepas jadi juara AF terus senyap pula. Kena rajin dan berusaha keras. Teruskan usahamu Firman.
0 comments:
Post a Comment