Livescape, penganjur Future Music Festival (FMFA) 2015 mengumumkan bahawa festival terbesar di Asia Tenggara ini akan kembali selama 3 hari bermula pada 14 – 15 Mac 2014 di lokasi terbaru, Singapura. Festival ini dijangka bakal menarik 50, 000 pengunjung dengan barisan artis & persembahan yang terbaik.
Ketua Pegawai Eksekutif Livescape, Iqbal Ameer berkata kemudahan infrastruktur pengangkutan awam serta keselamatan pengunjung selama 2 hari adalah menjadi keutamaan mereka dalam penganjuran ini.
FMFA 2015 turut menjanjikan pengalaman festival dengan pentas bersaiz mega, bunyi bertaraf dunia, efek lampu dan laser serta kualiti produksi pada tahap terbaik.
Dalam pada itu, Livescape menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan barisan artis antarabangsa, lokasi dan harga tiket pada 1 Disember 2014. Manakala tiket Early Bird boleh didapati melalui www.galactix.asia/FMFA2015 mulai 22 November 2014. Tiket pula dikategorikan kepada : Single Day, Weekend (two-day pass), and VIP.
0 comments:
Post a Comment