Wednesday, November 19, 2014

Filled Under:

Unik!! Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di Dunia


Unik!! Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di Dunia | Sekumpulan wanita membantu mencipta sejarah tersendiri apabila berambut panjang mereka membolehkan sebuah kawasan penempatan di China diiktiraf sebagai kampung rambut panjang pertama di dunia.Pengiktirafan itu diberi Rekod Dunia Guinness, lapor media.
 Wanita Yao Merah kumpulan etnik minoriti dari Kampung Huangluo Yao memiliki panjang rambut secara purata 1.6 meter.Rambut terpanjang dicatatkan di kampung itu ialah dua meter.
Uniknya, semua wanita di kampung itu memotong rambut mereka hanya sekali seumur hidup,iaitu ketika mereka berusia 16 tahun dan sebelum mula mencari lelaki untuk dijadikan suami. Mengikut tradisi, rambut dianggap begitu suci bagi wanita Yao dan hanya suami atau anak mereka saja boleh melihatnya.
Unik Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di Dunia 4 Unik!! Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di Dunia
Jika ada lelaki terserempak dengan seseorang wanita tanpa bertutup rambut, dia terpaksa hidup bersama keluarga wanita terbabit selama tiga tahun sebagai menantu. Rambut itu pula hanya boleh dileraikan jika ada ahli keluarga terdekat bersama.Bagaimanapun, wanita Yao meninggalkan tradisi itu pada 1987.
Seramai 120 wanita di Kampung Huangluo Yao kini boleh berbangga mempamerkan rambut mereka di situ.Keunikan itu juga mendorong penduduk China menggelar kawasan penempatan itu sebagai kampung rambut panjang. Ketika ramai wanita merungut kerana terpaksa meluangkan banyak masa menguruskan rambut, wanita Yao Merah tetap selesa dengan keadaan itu.
Unik Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di Dunia 2 Unik!! Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di DuniaUnik Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di Dunia 3 Unik!! Kampung Rambut Panjang Yang Pertama Di Dunia
Di kalangan penduduk setempat, mereka yakin wanita berambut panjang hidup lebih lama, berharta dan bertuah. Semakin panjang rambut seseorang, semakin banyak manfaat diperolehnya.Mereka akan membasuh rambut beramai-ramai di Sungan Jinjiang pada musim panas atau musim gugur. -




0 comments:

Post a Comment