Selain didakwa mencabul Tegar Septian, 13, bekas pengurus pelantun
lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang sekarang itu, Muhammad Arif Dollah, 30,
turut dituduh melarikan pasport dan barang berharga milik penyanyi
remaja popular Indonesia tersebut.
Keadaan semakin keruh apabila penyanyi Singapura, Sufie Rashid turut mendakwa pernah menjadi mangsa seksual Arif.
Namun, berlaku beberapa percanggahan dalam isu berkenaan apabila ketiga-tiga pihak didapati memberi kenyataan berbeza.
Terutamanya apabila Tegar sehingga kini belum menunjukkan laporan pemeriksaan kesihatan yang membuktikan dia dicabul atau tidak.
Kenyataan terbaru menerusi Harian Metro, Ariff berkata selama setahun
bertindak sebagai pengurus Tegar, dia melayan penyanyi itu seperti anak
sendiri. Malah katanya dia cukup mengenali perangai Tegar kerana
sentiasa di sisinya dan mereka juga tinggal bersama pengurus label
Indonesia di sebuah apartmen di Jakarta.
Ariff juga mempersoalkan kenapa isu sedemikian timbul ketika mereka
berada di Malaysia dan bukannya sewaktu di Indonesia. Jelasnya, dia
terkejut apabila tiba-tiba menerima khidmat pesanan ringkas (SMS)
daripada ibu Tegar yang menuduh saya liwat anaknya. Dia kemudian
membalas SMS itu dan meminta ibunya membuat laporan polis serta membuat
pemeriksaan kesihatan.
Mengenai dakwaan dia menyekat wang hasil persembahan Tegar hingga
membuatkan penyanyi itu kembali mengemis, katanya tuduhan itu tidak
benar kerana pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan
sahaja dan dia akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai
persembahan.
Menurut lelaki itu lagi, Tegar sendiri dalam satu temu bual dengan
sebuah stesen radio di Singapura baru-baru ini mengatakan ibunya tidak
mengemis.
Sementara mengenai anak tirinya, Sufie yang turut mendakwa menjadi
mangsa cabul, Ariff berkata dia tidak mahu komen banyak mengenai hal itu
kerana menjaga aib ibu serta keluarga Sufie.
Ariff juga berkata, dia berasa pelik bagaimana Sufie boleh memberi
kenyataan berbeza kepada media kerana di laman Facebook miliknya, dia
menafikan ibunya pernah berkahwin dengan dirinya.
0 comments:
Post a Comment