Monday, March 16, 2015

Filled Under:

APAKAH HUKUM BERKARAOKE? USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB




Ramai juga yang ingin tahu apakah sebenarnya hukum nyanyi karaoke ni? Alhamdullilah, soalan ini pernah ditanya kepada Ustaz Azhar IdrusMari kita dengar dan baca ulasan video Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berkaraoke.
Soalan daripada hadirin.
Soalan – Bolehkah kita berkaraoke di rumah bagi menghiburkan hati tanpa bergaul dengan lelaki dan perempuan? Apa hukumnya ustaz?
Jawapan Ustaz Azhar Idrus
 
Apa itu Karaoke ?
Karaoke adalah satu bentuk nyanyian yang mengeluarkan suara dalam bentuk minus one seperti yang terdapat dalam video karaoke. Sekarang ini karaoke canggih, dan kita bebas untuk memilih jenis lagi seperti rock, nasyid dan sebagainya.
 
Hukum Berkaraoke?
Berkaraoke di rumahJika tiada lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka hukumnya adalah diharuskan. Selain itu, perlu memastikan yang lagu tersebut tidak haram, lirik tidak haram dan sebagainya.
Jika anak-anak perempuan sedang menyanyi, dan jiran datang mendengar. Hukum karaoke tetap haram kerana diperdengarkan kepada orang yang bukan mahram.Sama jugalah jika berkaraoke di pusat karaoke, wanita yang menyanyi suara tersebut boleh didengari sehingga ke luar bilik. Jadi, kita perlu renungkan semula.
Selain itu, muzik yang kita nyanyikan, jangan sampai ia menggangu jiran sebelah kata ustaz Azhar Idrus.
 

 


 

 p/s: Sebagai orang Islam, dalam hiburan diharuskan asalkan kita tidak berlebih-lebih dalam membuat satu perkara. Jangan alpa dan lagha dengan sesuatu perkara yang duniawi. Asalkan kita tahu batas-batas dalam Islam. Terima kasih Ustaz Azhar Idrus yang memberi pencerahan kepada kita semua hari ni.
 




0 comments:

Post a Comment