Terkejut dan takut gambar kereta BMW 6 Series yang
membawa Awal Ashaari yang terlibat di dalam kemalangan hari ini. Memang
hancur remuk. Nasib baiklah Awal Ashaari dan kawan baiknya yang memandu
kereta tersebut, Izuan Mokhtar tidak mengalami kecederaan yang serius.
Kedua-duanya telah dikejarkan ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan
selanjutnya.
Kemalangan tersebut berlaku di di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan
tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira
jam 11 pagi tadi. Awal Ashaari yang tidak berapa sihat telah meminta
pertolongan rakannya, Izuan Mokhtar untuk memandunya ke Melaka untuk
mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka. Malang
memang tidak berbau apabila mereka berdua terlibat di dalam kemalangan
ini.
Mengikut laporan terkini di media, Awal Ashaari sekadar mengalami
kecederaan di bibir dan bakal keluar daripada hospital hari ini.
Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah telah melindungi Awal dan rakannya.
Kalau tengok kereta, memang seram. Nasib baiklah hanya kecederaan ringan
sahaja.
Menurut Izuan, kereta tersebut rosak teruk selepas terbabas ke bahu
jalan akibat brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian
belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas. Untuk makluman,
menurut Zuan Azmi iaitu wartawan Melodi TV3, kereta BMW 6 Series itu
adalah milik rakan Awal Ashaari, Izuan Mokhtar. Apa pun, kereta boleh
claim insurance, yang penting nyawa selamat. Sama-samalah kita doakan
tiada kecederaan dalaman buat kedua-duanya. Amin.
Assalamualaikum. Saya telah terlibat dengan kemalangan tengahari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Terima Kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. Inshallah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment