Sudah mencecah umur 41 tahun dan beberapa tahun mendirikan rumah
tangga, Datin Paduka Umie Aida memberitahu beliau terasa sunyi didalam
hati tanpa kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan beliau selepas
dua orang anak angkat beliau meningkat dewasa.
Mengakui sukar untuk hamil kerana mempunyai masalah kesihatan, Umie Aida redha dengan segala ketentuan olehNya.
Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah
tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu.
Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung
itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin
Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga
tidak tertekan memikirkan tentangnya.
Mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang sibuk dengan hal masing-masing, primadona ini merancang untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat jika mendapat keizinan daripada suami tercinta.
Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.Aktres tersebut kerap menghabiskan masa berkunjung ke rumah kebajikan, meluangkan masa bersama kanak-kanak yang memerlukan dan sememangnya rapat bersama anak-anak buahnya.
Sedih dengar kisah Umie Aida, semua orang tiada yang sempurna. Semoga apa yang dihajati oleh Umie Aida akan menjadi kenyataan. Amin
0 comments:
Post a Comment